Assalamualaikum..bismillah..Sudah selesai solat Zuhur? Lambat atau cepat jangan pernah tinggal solat ya. Solat itu tiang agama. Kalau dah terlepas solat disebabkan tertidur mahupun ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, qadhalah solat itu. Rasa ada kekosongan kalau kita tidak mendirikan solat.
Solat secara bersendirian atau berjemaah? Semestinya solat berjemaah itu lebih baik kerana kebaikannya sebanyak 27 kali darjat berbanding solat secara bersendirian. Suka tengok kaum Adam yang menjalankan solat berjemaah sama ada di masjid, surau atau di rumah bersama dengan keluarga. Sejuk hati tengok.
Kaum Hawa pula yang berada di rumah dirikanlah solat bersama-sama dengan anak-anak mahupun bersama suami. Ajak mereka solat bersama. Sebenarnya selain mendapatkan banyak kelebihan bila melakukan solat berjemaah, kita dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga dan sesama jiran tetangga. Penduduk di kampung mahupun di taman akan lebih mengenali kita. Jika ada sebarang majlis mahupun kematian, penduduk itu sendiri segera menziarahi atau berkunjung ke rumah kita untuk memberikan apa jua pertolongan.
Nampak tak indahkan bila kita dirikan solat bersama-sama? Syukur pada Allah kerana Dia yang merancang segala yang baik untuk hambaNya. Subhanallah. Jadi tak hairan mengapa solat itu merupakan amal kita yang pertama dihisab oleh Allah di hari kiamat kelak. Kalau Solat kita diterima, maka berjaya dan beruntunglah kita namun kalau solat kita tidak diterima, maka kecewa dan rugilah kita.
Sekiranya ada kurang dari solat fardhu kita. Allah berfirman: Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai solat-soalt sunat untuk dicukupkan dengan solat fardhu yang kurang itu. Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa mendirikan solat dan juga berjaya di dunia dan di akhirat. In sha allah..aaminn ya rabbal a'lamin.
=>ada kekurangan mohon maaf dan minta ditegur kalau ada kesalahan.
#sayabukanustazahhanyahambaAllahyanghina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan