Selasa, 18 Mac 2014

Cara Atasi Jerawat Kronik

Assalamualaikum. Ada sape-sape tak yang pernah atau sedang alami masalah jerawat kronik? Okay masalah ini sebenarnya ada penyelesaiannya. Cuma Ct pasti tak semua yakin sama ada masalah itu akan selesai dengan baik atau sebaliknya.

Ini pengalaman Ct sendiri. Yang mana masih ragu jangan berhenti dulu, teruskan membaca. Kalau Ct sebut tantang Shaklee pastu ramai dah tahu. Tapi anda tak tahu apa kelebihannya kecuali anda tengok testimoni - testimoni yang ada. Namun, masih ada lagi yang belum percaya sebab mungkin ada yang fikir itu mungkin testimoni yang direka-reka dan sebagainya.

Teruskan membaca,,,


Ct pun punya masalah yang sama. Tapi bila kita ada masalah macam ni kita jarang kongsi pada orang, akhirnya hanya pendam dalam hati walaupun dalam masa yang sama masih mencari produk yang sesuai untuk masalah jerawat aku ni, betul tak? Ya betul, Ct tahu anda juga macam tu. Tengok makanan tambahan yang popular mulalah teringin nak beli. Tak dinafikan Ct dulu pernah terjebak dek kerana tengok artis itu cantik meletop je padahal dia memang dari azali dah putih, Tapi dah popular, beli sahajalah. Namun, indah khabar dari rupa. Sudahla sebulan saja dah habis, Takkan nak keluarkan RM 1XX untuk sebulan je? Kopak la duit.

Sampai satu hari terbuka hati nak cari keywords Shaklee. Okay dipendekkan cerita Ct telah mesej seorang akak ni dan cerita segala masalah yang ada. Alhamdulillah dia sangat memahami dan yang paling penting dia akan tanya berapa bajet yang diperuntukkan. Jadi jimat bukan? Dia syorkan ALFALFA dan GLA Complex untuk masalah jerawat ct.

Baik kawan-kawan, jerawat ni terjadi disebabkan masalah hormon yang tidak stabil, jadi jangan ingat dengan memakai pencuci muka terkenal dapat rawat masalah jerawat ini. Tidak sama sekali. Kenapa? Sebab ia tidak menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu. Maka jerawat masih lagi ada dan ada. Itu gunanya ALFALFA dan GLA Complex.

ALFALFA dikenali sebagai DETOKS paling hebat, Ia akan membuang segala toksin yang selama ini tidak dibuang dengan sempurna malah di tambah-tambah dek kerana pengambilan makanan yang tak seimbang.
GLA Complex pula lebih kepada merawat hormon wanita, yang mana mungkin mempunyai masalah haid tidak teratur, berat badan berlebihan, itu juga antara sebab masalah jerawat kita.


KESAN MACAM MANA???



Alhamdulillah ianya memang Ct detoks. Masalah jerawat bukannya terus baik, Ia nampak surut dan kulit nampak sekata. Syukur. Lepas tu terus rasa nak daftar sebagai ahli Shaklee sebab bukan sahaja boleh beli dengan harga ahli yang jauh lebih murah tapi boleh dapat CASH jika setiap pembelian produk mencapai 150uv. Best bukan?

Setelah selesai menjadi ahli, Ct tanpa ragu-ragu terus membeli Set Cantik Shaklee yang lain untuk terus merawat jerawat ini secara lebih mendalam. Ada yang tanya banyaknya nak kena keluar duit! Okay setiap apa yang kita lakukan pasti akan ada pengorbanan. Tapi apa yang best tentang Shaklee, ia tahan sehingga 3 atau 4 bulan. Jadi ianya lebih menjimatkan kerana bukan setiap bulan kita keluarkan duit kita untuk cantik. Ct beli dan kongsi dengan mama Ct.


PERUBAHAN....


Seronok pula bila kongsi makan sama-sama ni kerana perubahan akan kita nampak. Mama ct dah berumur lebih 50 tahun ke atas. Dahulu muka dia agak kering dan berminyak di samping tak sekata. Alhamdulillah sekarang dah nampak perubahannya di mana, kulit muka bertambah putih dan sekata. Sukanya dapat bahagiakan orang yang kita sayang kan?

Ct pun nampak perubahan dengan pengambilan ESP, VITAMIN E, VITAMIN C. Jerawat makin sembuh, parut pun makin pudar dan kulit menjadi lembap. Ini yang ct cari dan ini yang ct nak.

Ct hanya berkongsi cerita Ct, kalau nak tahu lebih lanjut boleh add ct kat facebook, Lepas tu boleh tanya segala kemusykilan yang ada. Kalau ada yang malu-malu boleh emel ct di Bintang_sinar89@yahoo.com.my

Percaya atau tidak terpulang pada anda. Ct hanya menyampaikan apa yang pernah di lalui dan pastinya ianya bukan sesuatu yang mudah. Apa jua kata-kata manusia jadikan semangat untuk terus bertindak dan buktikan kita mampu mengubah diri kita sendiri secara bijak.

Salam sayang buat semua sahabat.

Siti Zubaidah :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan