Pesawat itu membawa penumpang berjumlah 239 termasuk krew, yang terdiri dari 227 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anggota krew. Penumpang juga terdiri dari individu 14 negara iaitu 152 orang termasuk seorang bayi dari CHINA, 38 orang dari MALAYSIA,12 orang dari INDONESIA, 7 orang dari AUSTRALIA, 3 orang dari FRANCE, 3 orang termasuk seorang bayi dari USA, 2 orang dari NEW ZEALAND, 2 orang dari UKRAINE, 2 orang dari CANADA, seorang dari RUSIA, seorang dari ITALY, seorang dari TAIWAN, seorang dari NETHERLANDS dan seorang dari AUSTRIA.
Saat Ct menulis sekarang, sudah hampir 2 hari ianya masih hilang. Ya Allah, sungguh sebak dan mudah sangat mengalirkan air mata tatkala mengenangkan nasib-nasib mereka yang berada dalam pesawat itu. Ini perasaan Ct, bagaimanalah pula perasaan ahli keluarga mereka sendiri. Moga Allah memberikan kekuatan buat mereka untuk terus tabah dan sentiasa redha denagn setiap musibah yang mereka hadapi.
Pelbagai usaha yang telah pun dipergiatkan dalam mencari di mana sebenarnya keberadaan pesawat MH370. Ia melibatkan pelbagai jenis negara termasuk CHINA, USA, SINGAPURA, FILIPINA, VIETNAM, Semua mengembleng tenaga dalam usaha mencari dan menyelamat. Ya Allah, moga Kau permudahkanlah urusan mereka dan berikanlah petunjuk buat mereka.
Sekarang ni masjid-masjid di semua negeri diminta melakukan solat hajat dan bacaan yasin. Sebagai orang islam, tiada daya lain selain sentiasa berdoa dan memohon supaya Allah membantu pasukan penyelamat dalam berusaha mencari pesawat yang hilang itu. Percayalah Allah pasti mendengar doa-doa kita, Allah pastinya akan membantu kita, Dan Allah pastinya akan memakbulkan doa kita semua..Aamiin..
Sebenarnya ia seakan ada mesej yang ingin disampaikan oleh Allah di mana ingatlah bahawa Allah sesungguhnya maha berkuasa terhadap segala sesuatu yang ada di muka bumi mahupun di atas langit. Kita sebagai manusia harus "bersedia" dan tidak leka dalam mengingati Allah. Musibah ini boleh menimpa sesiapa sahaja termasuk kita dan di sinilah pentingnya untuk kita sentiasa beringat, jaga solat, jaga iman, jaga ihsan serta berpegang pada hidup dan matiku hanya padaMu Ya Allah. Kena sentiasa melakukan solat taubat setiap hari dan beristighfar kerana kematian dan musibah boleh menjengah bila-bila masa.
Teruskan berdoa. Jangan berhenti berharap. Dan mudah-mudahan ada berita gembira buat kita semua. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan