Alhamdulillah, dulu tak pernah fikir dapat rasa kulit muka yang lembut, mana taknya jerawat naik dengan suburnya masa umur 13 tahun. Ya Allah masa tu terima saja apa Allah nak bagi. Tapi ia sebenarnya mengajar kita untuk sabar. Alhamdulillah saya sabar.
Ianya bermasalah tanpa diberikan penyelesaian sehingga saya kenal Shaklee. Memang saya jual Shaklee. Tapi sebelum saya jual, saya mencuba terlebih dahulu. Langsung takda niat nak jual. Sebab rasa buat apa nak jual? Malu la segan la. Tu dulu.
Sekarang saya nampak ia sebagai menambah pendapatan sampingan malah in sha allah saya akan berusaha untuk jadikan Shaklee sebagai kerjaya sepenuhnya berkahwin kelak. Moga Allah perkenankan doa saya.
Buat sesiapa yang nak tahu, saya makan ALFALFA dan GLA Complex terlebih dahulu. Orang cakap buang toksin dulu baru rawat yang lain-lain. Yup, memang keluar segala kotoran yang selama ini terpendam di dalam dan saya sendiri menjemputnya keluar. Rasa macam luar biasa.
GLA Complex lebih kepada mengimbangi kembali hormon kewanitaan kita. Lelaki juga boleh ambil ya. Bukan untuk wanita sahaja.
Next step, saya mulakan dengan set kecantikan iaitu ESP, VITAMIN C dan VITAMIN E. Inilah produk yang bikin saya jatuh cinta. Sangat-sangat jatuh cinta. Pada awal makan Vitamin C, badan saya yang tak pernah diberi vitamin sedikit terkejut dengan datangnya vitamin yang baik dalam badan. Memang jerawat keluar namun masih terkawal. Rupanya ia adalah HEALING CRISIS. Ia biasa kerana fungsi Vitamin C ini berfungsi sebagai meningkatkan sistem imun dalam badan jadi ia akan bertindak balas dengan badan kita yang kurang sihat sebelum ini.
Malam-malam saya makan Vitamin E, pastinya untuk parut jerawat yang sudah berlubang sana sini. Saya cakap saya nak sembuhkan parut dan alhamdulillah berkat kesabaran dan konsisten selama 2 bulan, parut jerawat berlubang semakin tertutup kembali. Alhamdulillah.
Pagi pula saya amalkan ESP, esp ni yang bestnya selain untuk memudarkan parut dan pigmentasi serta melembapkan kulit, ia juga memberi efek kenyang sampai tengahari. Sesuai kalau nak diet ya.
Sekarang saya kongsi dengan semua sebab saya tahu masih ramai lagi kat luar sana ada masalah ini. Cuma saya nak nasihat sikit, jangan pernah takut berkorban wang ringgit. Allah suruh kita berusaha, dan pastinya Allah akan beri hasilnya tatkala usaha telah dijalankan. Saya korbankan wang ringgit saya, tapi apa yang saya dapat adalah luar biasa. Sangat gembira dan rasa yakin untuk berhadapan dengan orang lain berbanding dulu.
Buat adna yang nak tanya boleh terus pm saya di fb atau whatsapp saya. Tanyalah apa nak tanya. In sha allah saya akan melayan pertanyaan anda sebaik mungkin. Sampai di sini sahaja ya. Jumpa lagi! Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan