Ubat-ubatan moden seperti kemoterapi mengganggu fungsi hati di mana hati ialah organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi.
Perubatan Tradisional China percaya gangguan fungsi hati akan menyebabkan gangguan selera dan penghadaman selain mengganggu ketenteraman minda. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati.
Periksa lidah
Jika anda sering mengalami sembelit cuba julurkan lidah anda di hadapan cermin. Lihat warna dan tekstur lidah. Jika ia berwarna putih/kuning dan kering, maka ia adalah tanda anda mengalami ‘hati sesak’ iaitu fungsi hati anda mengalami gangguan.
Mereka yang sering mengalami susah hati, murung dan resah boleh mengalami keadaan lidah yang sama. Begitu juga mereka yang sering makan ubat-ubatan moden dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan.
Jadi, beberapa langkah boleh dilakukan untuk meningkatkan selera makan iaitu dengan mengambil herba yang bersifat menggalakkan pengeluaran bendalir hempedu.
Herba bersifat pahit seperti peria, patawali atau buah tunjuk langit biasanya membantu melancarkan pengeluaran bendalir hempedu. Ulam-ulaman seperti pegaga kampung dan ulam raja juga dipercayai memiliki sifat yang serupa.
Kebaikan pengambilan herba kategori penggalak pengeluaran bendalir hempedu ialah ia membantu melancarkan fungsi sistem penghadaman, melancarkan fungsi hati dan meningkatkan selera makan.
Sesetengah orang yang mengalami demam selesema mudah mengalami kurang/hilang selera terhadap makanan tertentu atau sebarang jenis makanan.
Amalan orang dulu-dulu mengambil makanan mudah hadam seperti bubur nasi merupakan amalan yang sesuai dengan keperluan selera ketika seseorang mengalami demam selesema atau sakit tenat.
Orang Cina pula biasa memberi orang sakit makan sup ayam yang dicampurkan dengan beberapa jenis herba contohnya cendawan. Rupa-rupanya cendawan mengandungi sejenis karbohidrat yang bersifat merangsang fungsi sistem imun di samping pelbagai sifat lain yang bermanfaat.
Sesetengah orang Melayu apabila demam selesema mereka mengamalkan sup sayur, ayam, nasi atau bihun yang ditambah dengan herba seperti kayu manis dan cengkih.
Selain menambat selera makan, herba tersebut sebenarnya bersifat antivirus dan melancarkan penghadaman. Herba-herba seperti halia, bawang dan bawang putih juga bersifat antivirus di samping memiliki sifat anti-keradangan.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai mengapa seseorang yang mengalami demam selesema mudah mengalami kekurangan selera makan. Satu daripada puncanya ialah selesema berpunca dari keradangan menyebabkan seseorang kurang sensitif terhadap bau atau aroma makanan.
Oleh sebab salah satu tarikan seseorang terhadap makanan ialah aromanya maka selesema yang dialami dipercayai menyebabkan selera makan terganggu..
Cara Moden Selain Mengamalkan Herba.
Oleh yang demikian, pengambilan suplemen semulajadi semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sekarang kerana lebih mudah dan praktikal untuk dimakan dan dibawa kemana sahaja.
Sebut sahaja Shaklee pasti hampir semua orang tahu kehebatannya. Harga mampu miliknya juga menjadikan Shaklee semakin terkenal di seluruh negeri. Berbalik kepada cara moden untuk menambah selera makan, saya syorkan beberapa jenis suplemen untuk mereka yang sudah lama menghadapi masalah ini.
Jika anda benar-benar mengalami masalah kurang selera makan dan juga berat badan dalam kategori "underweight", anda digalakkan untuk mengamalkan Meal Shakes dan B Complex.
Meal Shakes terkenal dengan nutrisinya yang lengkap dengan vitamin dan mineral, ianya mempunyai rasa yang sedap untuk diminum oleh semua peringkat umur, jadi jika ada dalam kalangan anak anda yang sukar mengamalkan sayur atau buah-buahan boleh berikan Meal Shakes ini kepada anak anda.
B Complex juga selain menambah selera dapat membantu dalam mengatasi masalah insomnia Ia juga dapat meredakan senggugut dan mencegah anemia.
Namun begitu, jika anda sering mengalami selesema, dinasihatkan mencuba Sustained Release Vitamin C-Plus terlbih dahulu untuk mengurangkan simptom selesema itu di samping dapat meningkatkan sistem imun, mengurangkan asthma, alergi hidung, membentuk kolagen dalam masa yang sama dan mencantikkan kulit.
Jika masalah selera makan anda terbantut disebabkan masalah sembelit yang tiada kesudahannya, apa kata anda cuba Herb-Lax. Ianya bagus dalam membersihkan usus anda dan mengampiskan perut serta mengurangkan jeragat.
Terbaik bukan? Semuanya mampu milik buat anda. Ini adalah antara cara-cara moden untuk anda menambah selera makan secara selamat dan semulajadi.
Bagaimana nak dapatkan semua suplemen di atas??
Boleh terus hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Saya pasti anda tidak akan menyesal kerana Shaklee sememangnya berkesa, selamat dan semulajadi. :)
PM/WHATSAPP/EMEL
Siti Zubaidah
0174678673
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
1084360
Tiada ulasan:
Catat Ulasan