Jumaat, 7 Disember 2012

Assalamualaikum..hai dah masuk Disember rupanya..sebelum tu Alhamdulillah kerana telah berkonvo pada 4hb hari tu..kebetulan masa tu stay satu Hotel ni kat Seri Iskandar..perlu dimention juga, Hotel Putra Seri Iskandar. tapi yang tak syoknya service memang sama sekali tak bagus. Sebenarnya perlu check in jam 2 petang tapi dekat setengah jam baru dapat masuk bilik..tapi yang paling paling paling tak dapat diterima apabila sarapan pagi yang sepatutnya percuma bagi setiap hotel di mana-mana sahaja tapi perlu dibayar! tak masuk akal, saya sekeluarga masuk ke dalam restoran memang ingat makanan diberi percuma tapi bila last dah selesai makan, mereka cakap harga semua RM48!! maknanya satu kepala RM8 untuk sarapan pagi..fuhhh..menyirap juga darah..yelah makanan yg disediakan hanyalah roti kaya yang perlu dibakar, bihun goreng masin dan nasi goreng tawar yang telah sejuk..jadin pesanan kepada semua berhati-hati..nak masuk je restoran Hotel ni tanya dulu..lebih baik pergi makan dekat kedai lain. kenyang,sedap dan lebih murah..ingat ye..berhati-hati..malang tidak berbau..hehe

Isnin, 15 Oktober 2012

Assalamualaikum..Good Morning bloggers..haipp dah lama ct tak post kt blog ni..sbuk dgn facebook dan twiiter..hehe..alhamdulillah syukur pada Allah bagi ct peluang rasa nikmatNya pagi isnin ni...syukur juga sebab ct dah kerja..walaupun 3 bulan tpi bersyukur sangat2..lepas 2 bulan hbis belajar, ct dapat offer kerja..alhamdulillah..ada jua kawan2 ct yg masih tak dapat kerja lagi..bersabar ye..insyaAllah..rezeki Allah tu luas..

sebenarnya ct tak sangka akan dapat kerja kt MATRADE pula tu..mmg rezeki la ct rasa..sebelum ni ada segelintir yg tak pandang pun ct..mungkin sebab ct tak la selalu dekan every semester..tapi alhamdulillah..dekan juga untuk semester akhir..TERIMA KASIH ALLAH..Ct dapat buktikan ct mampu dan yg penting percaya bahawa Allah yg membantu hambaNya yg memerlukan pertolonganNya..

Ha..untuk adik2 yg tgh PMR including my brother!! Goodluck ye!!! do your best and always make du'a to Allah..Solat hajat jangan lupa buat..moga dapat result yg terbaikkkk k..make your parents proud of you..


Sabtu, 5 Mei 2012

Assalamualaikum..bertemu lagi..nak kongsi tentang AYAH..Dia insan yang hebat..kerana di mana kita berada sekarang ini semua kerana hasil didikannya..hebat bukan? kasih sayangnya tiada ternilai..tak setanding kasih sayang kekasih 'gelap' yang selalu gadis2 diluar dambakan..itu semua tak boleh dipercayai selagi belum halal di di sisi agama....ada sedikit nukilan tentang AYAH..



"Ayah bagi seorang perempuan umpama pelindung bagi dirinya..


Ayah sentiasa mencuba melengkapi apa jua keinginan anak 


perempuannya..kadangkala kelihatan 

berlebihan daripada anak lelaki..


kerana Ayah tahu anak perempuannya apabila dewasa kelak akan punya 


tanggungjawab 

sendiri..bukan milik sepenuhnya lagi..


Di saat itu, Ayah tahu tugasnya akan bertukar tangan, harapannya 


besar..ingin anak perempuannya 


bahagia dan dijaga sebagaimana Ayah pernah lakukan dahulu..."


LOVE U AYAH ♥♥♥ thanks for everything!

Khamis, 26 April 2012

Assalamualaikum...

okay..rasa gementar pun ada..tapi dah rasa nak mencuba..kuatkan je lah..selalu tengok blog orang je..sekali ada blog sendiri..sebenarnya lebih untuk share apa jua perkara yang menarik dalam hidup..tak lupa juga sebagai hambaNya..kongsi ilmuNya yang sememangnya amat luas...Subhanallah..


Dah pagi-pagi macam ni..minda kurang berfungsi..tapi nak share dengan anda tentang pengorbanan seorang ibu..ya..tiada tandingnya..sayangilah ibu anda..selagi dia masih bernyawa..tapi tak bermakna ayah anda harus dilupakan..hehe..dua-dua sekali la..berbaktilah anda..bahagiakan mereka..redha mereka..bermakna redha Allah jua bersama anda..tapi haruslah dalam perkara yang tidak melanggar batas agama....

Harus mengundur diri...moga diri kita sentiasa berada dalam rahmat Allah..Selamat malam semua:) Assalamualaikum..