Jumaat, 9 Mei 2014

Tips Menambah dan Memekatkan Susu Badan

Bismillah. Alhamdulillah.

Terima kasih buat semua yang sudi singgah di blog Ct untuk mengambil manfaat pada setiap perkongsian.

Hari ni Ct nak berkongsi tentang tips-tips untuk menambah dan memekatkan susu badan. Bagi wanita yang baru pertama menjadi ibu, teknik dan cara yang betul perlu diketahui agar proses penyusuan badan pada bayi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Oh ya Ct memang belum ada pengalaman sebegini kerana Ct belum berkahwin dan jauh sekali hamil, Ct berkongsi berdasarkan pengalaman yang Ct perolehi dalam grup Shaklee iaitu MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS). Alhamdulillah dari itu, Ct mahu berkongsi sedikit sebanyak panduan ini buat anda semua.



Pastinya susu ibu adalah yang terbaik buat bayi kerana ia merupakan makanan pertama buat si bayi yang akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan penyakit.

 Penyusuan pertama bayi adalah akan dimulakan dengan menjilat, menghisap dan berhneti sebentar. Pola hisapan akan berlaku selama beberapa jam dan adakalanya beberapa hari.

Bayi secara semualajadi pandai menghisap susu dan melekap pada ibu payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang baru pertama sekali mengalaminya akan berasa teruja dengan keadaan tersebut.

Namun, sesetengah ibu berpantang mengalami masalah kekurangan susu. Ia sering berlaku kepada ibu-ibu yang berkerjaya.

Berbagai-bagai punca yang dikenalpasti mempengaruhi penghasilan susu. Jadi ibu harus tahu apa masalahnya. Seterusnya menggunakan tip-tips yang akan diberikan untuk membantu penghasilan susu badan yang lebih 'meriah'.




1. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK





Kekurangan air di dalam badan bukan sahaja merencatkan penghasilan susu badan, malah menyebabkan kulit menjadi kering terutama kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi.

Air sangat penting dalam perkumuhan. Badan yang kekurangan air akan mudah dijangkiti penyakit, kerana badan tidak dapat mengeluarkan bahan bertoksik melalui proses perkumuhan.

Amalkan minum air masak secara efektif bukan secara banyak sekaligus. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Nak mudah, bawa bekalan air di mana sahaja anda pergi. Jadi tiada alasan anda terlupa minum air amsak secukupnya untuk hari itu.



2. BERTENANG, JANGAN STRES




Ibu-ibu perlu bertenang.  Tekanan juga salah satu sebab susu badan sukar terhasil. Kenapa perlu bertenang? Kerana jika anda bertenang, tindak balas hormon akan meneutralkan dan membantu pengeluaran susu badan.

Anda boleh buat begini. Sewaktu memerah atau menyusukan anak anda, fikir momen-momen indah ketika bersama suami anda mahupun kenangan terindah sewaktu berbulan madu. Anda juga boleh berangan bercuti ke pulau impian anda yang pastinya mendamaikan jiwa anda.

Selain itu, bersolat, mendengar alunan suci Al-Quran juga lagu-lagu indah dapat membantu anda bertenang. In sha allah, susu badan akan mengalir laju dan bayi anda pasti lena kekenyangan.






3. AMALKAN MAKANAN PERANGSANG SUSU




Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, para ibu perlu menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian mereka. Ia  juga dipanggil "milkbooster".

Setiap ibu mempunyai kadar "milkbooster" yang berlainan bergantung kepada hormon masing-masing.
Misalnya, anda perasan susu badan anda kembali penuh setelah makan sarapan, Ini bermakna makanan tersebut merupakan  "milkbooster".


Semestinya "milkbooster" yang terlaris masa kini adalah SET MENYUSU SHAKLEE. Ia membantu dalam membanyakkan susu badan dalam masa yang sama memekatkan susu agar dapat mengenyangkan bayi anda.

Ia menjadi pilihan ibu yang sibuk dan bekerjaya memilih makanan tambahan kerana ianya mudah dan cepat. Pastinya suplemen daripada Shaklee terdiri daripada bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan para ibu moden di luar sana.




4. POSITIF



Alamak! Susu makin tak ada. Sabar, jangan risau Positifkan diri. "Mindset" kembali otak anda. Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Setiap apa yang difikirkan kita menentukan apa yang akan kita lakukan kelak.

Apabila berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu anda.

Mulai hari ini, sentiasa berfikir, "HARI INI ANAKKU CUKUP MAKAN KERANA SUSU BADAN AKU BANYAK"



5. SUPPLY AND DEMAND



Para ibu harus faham tentang konsep lebih banyak susu ibu dikeluarkan, lebih banyak susu akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan "demand and supply".

Sentiasa memberi bayi anda susu walaupun pada mulanya bayi sekadar menghisap angin, Ia akan membantu dalam menghasilkan susu badan secara semulajadi. Perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan jumlah yang sedikit untuk berasa kenyang.

Susu yang dihasilkan anda sebenarnya cukup untuk si bayi mengikut umurnya. Jadi jangan bimbang jika ada bayi yang merengek walaupun sesudah anda memberinya susu badan. Naluri bayi ingin sentiasa didakap dan dipeluk oleh ibunya. Bayi sukakan sentuhan anda yang sebenarnya menenangkan jiwa mereka.

Salah satu hikmah menyusukan bayi adalah bayi akan lebih rapat dengan anda dan lebih menyayangi anda bila mereka dewasa kelak. Jadi sentiasalah mendakap bayi anda dan mencium mereka. Mereka pasti akan berasa tenang dan gembira.



6. MEMERAH SUSU BADAN




Ibu-ibu yang bekerjaya perlu menyediakan stok susu badan supaya dapat dibekalkan kepada pengasuh anak anda semasa ketiadaan anda.

Jadi mulalah berlatih memerah susu badan ketika berpantang supaya susu badan sentiasa ada sehingga bayi anda berumur 2 tahun. Susu yang sudah diperah boleh disimpan di dalam peti sejuk supaya dapat tahan lebih lama.

Ibu yang bekerjaya juga boleh memerah susu badan ketika bekerja. Seeloknya jadual memerah disediakan supaya anda lebih 'alert' atau memasang penggera jika sampai waktu memerah susu. Jadi anda tidak mudah lupa.

Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula susu yang telah diperah.



7. KOSONGKAN PAYUDARA

Kosongkan payudara? Lebih tepat adalah kerap memerah susu badan dan menyusukan bayi. Jangan biarkan payudara anda sentiasa penuh dengan susu dan bengkak. Malah jika dibiarkan bengkak, dikhuatiri akan menyebabkan demam secara tiba-tiba pada si ibu.

Lebih banyak ruang kosong dalam payudara, lebih banyak susu dapat dihasilkan.

Cara mudah untuk mengosongkan payudara anda adalah semasa anda menyusukan bayi anda misalnya di sebelah kanan, malah di sebelah kiri pula anda perah menggunakan pam elektrik.  Jadi proses pengosongan berlaku dengan cepat dan lebih efektif.


KESIMPULANNYA


Diharap ibu-ibu dapat jadikan ia sebagai panduan sepanjang menyusukan bayi anda. Jangan pernah berhneti berusaha kerana "Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan". In sha allah segalanya akan dipermudahkan Allah. Semoga bayi yang disusui dilimpahkan rezeki buatnya untuk membesar dengan sihat dan sempurna.


Sekian. Wassalam. :)

Sebarang pertanyaan tentang produk shaklee boleh terus pm atau whatsapp saya.

Siti Zubaidah  0174678673
SID 1084360


Tiada ulasan: