Assalamualaikum. Bismillah. Teruja betul nak tulis entry kali ini. Sebab ada kena mengena dengan diri ini. Kenapa Saya sebenarnya bukan Cikgu? Sebelum ini masa belajar di UiTM Perak dulu bukan ambil kos perguruan pun tapi Pengurusan Sistem Pejabat. Langsung tak ada kena mengena kan. Mama dan ayah Ct sebenarnya Cikgu atau Guru sekolah. Dah lama mereka berkhidmat. Ct sangat hormat mereka kerana cara mereka menjalankan tanggungjawab sebagai guru sekolah tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, Niat mereka hanya SATU iaitu untuk menjadikan anak-anak bangsa bijak dan berilmu. Penat tak payah nak cerita. Balik sekolah semestinya penat. Tidur sahaja dapat mengurangkan kepenatan mereka.
Terlajak cerita pula. Kisah Ct sebenarnya. hehe. Oklah segalanya bermula bila Ct apply nak jadi guru ganti di sebuah sekolah di Parit Buntar. Dapat pula mengajar subjek Pendidikan Islam. Mula terfikir murid-murid nanti panggil Ct Cikgu ke Ustazah? Ya Ustazah la jawabnya. Namun masih ada juga yang panggil Cikgu. Takpa tak ambil kisah pun. Seronok sebenarnya jadi Cikgu tapi lama-lama dah rasa apa yang mama dan ayah Ct rasa. Tak mudah jadi Cikgu rupanya. Banyak kerja yang harus dilakukan. Bukan mengajar semata-mata.
Selama 2 bulan berkhidmat. Selesai sudah. Alhamdulillah satu pengalaman yang sangat berguna. Terima kasih semua! Terasa sedih bila hari akhir berkhidmat sebagai Cikgu tiba. Pesanan dititip dan disampaikan kepada anak-anak murid. Moga Allah melindungi kalian sentiasa. Apa yang menjadi kebiasaan sebelum ini dipanggil ustazah ataupun cikgu menjadi sesuatu yang asing apabila terserempak dengan bekas anak-anak murid, mereka tetap memanggil Ct dengan panggilan yang sama. Ya Allah begitu tinggi darjat seorang guru di mana walaupun Ct sebenarnya bukan Cikgu dan hanya diberikan peluang dalam tempoh yang singkat sahaja namun gelaran itu kekal selama-lamanya. Syukur Ya Allah.
Mama dan ayah tak pernah paksa Ct jadi Cikgu namun Allah bagi peluang untuk Ct buktikan yang Ct mampu jadi Cikgu walaupun hanya 2 bulan. Subhanallah. Terima kasih mama, ayah sebab beri galakan tatkala Ct nak cuba jadi guru ganti. In sha allah mudah-mudahan Allah bagi peluang Ct mengajar lagi walaupun hanya mengajar mengaji Al-Quran.
Ct sekarang alhamdulillah selesa menjalankan bisnes Shaklee ni. Tak susah pun sebab hanya dari rumah sahaja. Jadi masa dengan keluarga itu ada sentiasa. Mama nak minta tolong anytime ja Ct boleh bantu. Moga Allah permudahkan urusan bisnes ini supaya lebih maju dan maju. Seronok juga sebab bila Ct jual supplemen Shaklee dalam masa yang sama Ct memang guna produk-produknya. Jadi Ct perkenalkan pada mama dan ayah. Alhamdulillah satu keluarga terima dan makan supplemen Shaklee. Mama pun cakap dah kurang penatnya. Ayah dah tak mengadu sakit lutut seperti sebelum ni. Gembiranya sebab dapat juga bantu mereka atasi masalah kesihatan mereka. Yang lain Allah jua yang sembuhkan. Kita hanya perlu berusaha. Wassalam.
#SYUKURPADAMUYAALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan