Ia sememangnya kelahiran yang teragung kerana sanggup berkorban jiwa dan raga baginda demi agama islam supaya umat-umatnya kelak dapat mendalami agama islam tanpa sebarang halangan. Tapi sayang, masih ramai lagi umat-umat baginda yang leka dan lalai untuk menjadikan islam sebagai cara hidup seharian mereka. Mudah-mudahan kita sentiasa diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah dan sentiasa mengamalkan al-quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup.
Ini ada info tentang biodata Rasulullah yang patut kita tahu. Jom baca!
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
Jom semua berselawat ke atas baginda!
Allahhumma salli a'la saidina Muhammad Wa'ala ali saidina Muhammad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan