Assalamualaikum.. bismillah..mesti tertanya-tanya kenapa tajuknya ringkas sahaja dan menggunakan nama seseorang. Kenapa Sabariah? Sabariah ni merupakan sepupu ayah Ct tapi istimewa nya Sabariah ni dia seorang lembam. Jadi dia tak dapat berfikir sebagaimana orang normal fikir. Tapi bagi Ct dia istimewa kerana dia suka sangat kumpul duit dan kadang-kadang minta duit rm1 takpun lebih dari itu pun ada..hehe..
Masa dulu ayah bawa Ct dan adik-adik ziarah Sabariah, rasa takut pun ada. Al maklumlah masa tu kecil lagi. Jadi ingat Sabariah nak buat apa-apa kat kami. Tapi dia memang suka duduk dekat lepas tu senyum-senyum. hehe. kira Sabariah nak kawan dengan Ct la. Sebelum balik ayah atau mama akan hulur duit kat Sabariah. Lepas tu cepat-cepat Sabriah simpan dalam beg duit khasnya. Haha kau adoo?? Boleh rasa duit Sabariah sekarang ni dah banyak yang terkumpul. hehe. Itulah sedekah buat Sabariah. Sekurang-kurangnya duit tu boleh beli baju, tudung takpun barang-barang lain buat dirinya.
Awat Ct tak panggil mak cik Sabariah? Sebenarnya lebih suka panggil Sabariah sebab dia akan lebih dekat dengan kita banding panggil mak cik. Sabariah ok je tak marah pun panggil guna nama. Apa yang Ct nak highlightkan walaupun ramai melihat kekurangan yang dihadapi oleh Sabariah tanpa mengetahui ada kelebihan yang Allah hadiahkan buat dirinya. Allah itu maha adil. Umur Sabariah makin lama makin meningkat. Tak silap Ct dah mencecah umur 62 tahun. Lebih tua dari ayah Ct.
NAMUN, Sabariah tak ada penyakit berbahaya malah sakit lutut, kebas-kebas tangan pun tak ada. Dan Sabariah punya ingatan yang kuat. Dia kenal semua orang dan dapat ingat nama mereka satu-satu. Sabariah panggil ayah Ct sebagai "dik Man". Subhanallah ikutkan kalau umur sebegitu dah banyak penyakit dah ada dalam tubuh. Bagi Ct, Allah tak nak Sabariah ini menjadi beban kepada kakak Sabariah yang menjaga Sabariah selama ini. Yelah kalau sakit Sabariah dah menjadi bebanan walaupun kakak Sabariah tak kisah, tapi Allah kisah. Allah uji hambaNya untuk menjaga dan menguruskan Sabariah sahaja. Cukup itu yang Allah berikan. Tambahan pula, kakak Sabariah mengalami sakit lutut yang agak kronik jadi pergerakan agak terhad.
Semalam kenduri, Ct jumpa lagi dengan Sabariah. Seronok tau sembang-sembang dengan Sabariah. Masa nak balik, mama hulurkan duit lagi buat Sabariah. Dok tercari-cari juga beg duit khasnya. Guess what? lepas tu dia bawa keluar beg duit yang diletakkan di bawah punngungnya. haha. Tak sangka tempat itu menjadi tempat strategik untuk Sabariah simpan duit. mesti takut hilang atau orang ambil. Sabariah, Sabariah. terbaiklah!! Pertemuan diakhiri, Ct dan mama pun bangun minta diri. Sabariah pun bangun sama. Ingat nak ikut kami balik. Rupa-rupanya Sabariah nak peluk Ct dan mama. Comel sangat. Ct sentiasa doakan Sabariah sihat dan mudah-mudahan diberikan kekuatan buat mereka yang menjaga Sabariah selama ini supaya mereka terus melindungi Sabariah sampai bila-bila. Walaupun Sabariah begitu, tapi dia telah membahagiakan hati semua orang. Terasa insaf kerana diri sendiri yang normal belum tentu dapat membahagiakan orang yang kita sayang sepenuhnya. itu sahaja Ct nak kongsi dengan semua. Diharap jika sesiapa yang ada adik, kakak, anak, mahupun kawan macam Sabariah janganlah mengabaikan mereka. Mereka itu lebih mulia di sisi Allah berbanding diri kita ini dan jagalah mereka dengan baik. Moga Allah melimpahkan rahmat yang lebih buat diri anda semua. Wassalam.
p/s maaf lupa la nak ambil gambar Sabariah. in sha allah lain kali kalau jumpa Ct akan ambil ya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan