Rabu, 18 Disember 2013

Merawat kulit muka merah atau gelap akibat sinaran matahari

Assalamualaikum. Bismillah.. wah entry kali ini macam lain macam ja kan? Kenapa tiba-tiba? Sebab tuan punya blog ni yang kena. Mana tak gara-gara tak pakai sunblock dan sangat asyik berenang gaya PANDALELA RINONG ( perasan la tu) disertakan sekali mandi di waktu panas terik. Hasilnya sangat mengagumkan.

Semuanya bermula pagi tadi, adik kecik Ct tu nak sangat pergi Bukit Merah Laketown Waterpark. Nak berenang katanya. Yang kak ngahnya sangat teruja dan hanya memakai bedak sebagai alas muka. Sampai ja terus cari port nak mandi. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Tapi tak panas lagi. Sedang asyik mandi manda rasanya dah pukul 2 petang, terasa bahang matahari yang agak terik. Muka mula terasa panas. Namun 'misi' tetap diteruskan. Selepas selesai semuanya, masa balik baru perasan muka jadi merah sebab kena bahang matahari tadi. Oh tidakk! Kena buat sesuatu sebelum terlambat.

Meng'googling' dan mencari petua hilangkan sunburn kat muka ini. Alhamdulillah selesai mencari. Itu yang nak kongsi dengan semua mana tau ada yang kena macam Ct ni. Okay ada banyak cara ya. Mari kita tengok sahabat- sahabat semua.

CARA 1

Guna ALOE VERA.
>>> Siapa ada losyen berasaskan ALOE VERA bagus la. Ambil sikit dan sapu di permukaan muka anda yang sunburn itu. Kalau nak guna cara tradisional pun boleh. Ada DAUN LIDAH BUAYA tak? Patahkan sikit dan ambil lendirnya. Sapu di muka yang bermasalah tu.

CARA 2

Guna YOGURT.
>>> Sebaiknya plain YOGURT ya. Tak ada campuran strawberi, anggur, mangga dan lain2. Campur dengan timun. Mesin timun dan adunkan bersama YOGURT. Lepas tu letak kat muka dalam 15 minit dan bilas. ATAUPUN campukan YOGURT dengan madu dan kuning telur bersama. Cara yang sama seperti yang telah diberikan.

CARA 3

Guna  TEMBIKAI
>>> Yang ini Ct suka sangat2 tapi kena tunggu siang baru boleh beli. Rasanya sikit ja kot pakai kat muka, yang lain masuk dalam perut la jawabnya. Oh ya TEMBIKAI sebenarnya dapat menyejukkan  muka yang terkena sunburn tu sebab ada zat astrigen. Hiris nipis-nipis, tekan pada muka dan biarkan selama 20 minit.

CARA 4

Guna MAYONIS
>>> Kepada sesiapa yang selalu buat sandwich kat rumah tu pastinya ada MAYONIS sebagai pelengkap rasa sandwich tu. Okay, ambil sikit dan sapukan MAYONIS di muka yang jadi merah atau gelap tu. Biarkan selama 10 minit dan bilas. MAYONIS sebenarnya mengandungi cuka yang baik untuk mengurangkan kemerahan dan kesan gelap akibat terkena panahan sinaran matahari. Bukan panahan asmara tau..hehe. Lagi bagus kalau MAYONIS tu disimpan sejuk dalam peti ais. Memang terbaik kalau disapu pada muka.

Sahabat-sahabat semua boleh buat cara -cara seperti di atas kalau kulit bermasalah akibat sunburn. In sha allah berkesan cuma ambil masa dalam 2 atau 3 hari la untuk pulih seperti sedia kala.

Ct guna juga cara di atas. Bezanya Ct gunakan YOGURT  bersama ESP SHAKLEE. Nasib ada lebihan yang Ct buat sebelum ni untuk masker disimpan rapi dalam peti ais. Terus ambil dan letakkan kat muka. Fuhh memang lega rasanya. Bukan Ct ja yang buat. Yang adik-adik pun nak juga kan. Letak la sekali kat muka mereka. Seronok la tu. Lepas tu dah kurang sikit merahnya. Muka Ct ja yang merah. Adik-adik Ct gelap sikit ja. lepas tu ambil Sustained release VITAMIN C PLUS, patahkan sikit ja. Campur sedikir air. Bila dah kembang, sapukan di muka. ESP dan VITAMIN C sebenarnya sangat bagus dalam membaikpulih tisu kulit. Doakan muka Ct jadi seperti sedia kala ya. Malam ni sebelum tidur nak sapu VITAMIN E sebagai tambahan selain menghilangkan parut di muka.

Assalamualaikum dan Selamat Malam!

Tiada ulasan: