Pernah alami masalah haid datang tak menentu tak? Dalam erti kata lain, haid kadang-kadang datang, kadang-kadang setahun, dua tahun dan pernah bertahun-tahun tak pernah datang. Kenapa? Apa penyebabnya?
Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.
Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.
Meh saya nak kongsi satu kisah tentang kawan rapat saya sendiri. Saya panggil dia Ika. Ika beritahu sejujurnya dia mengalami masalah haid yang tidak stabil. Sebelum ni, Ika beritahu bahawa haidnya sudah tidak menentu sejak kali pertama dia datang haid. Haidnya pernah setahun tak datang. Apa yang boleh dia lakukan hanyalah mengambil ubat iaitu pil perancang kehamilan.
Sebelum mengambil ubat turun darah, Ika terlebih dahulu mendapatkan rawatan doktor pakar. Ika beritahu bahawa dia turut menbuat scan pada rahimnya jikalau ada berlakunya ketumbuhan yang tidak dingini penyebab masalah haid tidak stabil. Alhamdulillah, tiada apa-apa. Rahimnya sihat. Cuma masalah hormon yang menggangu kitaran haidnya.
Macam biasa haid akan datang dan berhenti tepat pada waktunya. Tapi sampai bila dia harus mengharapkan ubat untuk turunkan darah haidnya? Lagi pula, berat badannya dilihat semakin bertambah seiring dengan penambahan selera makan. Pastinya efek dari pengambilan pil perancang itu.
Selepas berhenti mengambil pil perancang, haid Ika kembali huru hara. Dalam setahun kadang kala 2 hingga 3 kali sahaja haid datang. Ika seakan putus harapan. Nekad untuk tidak lagi mengambil sebarang ubat kerana tahu haidnya akan turun kalau makan ubat sahaja. Ika juga tak ingin tubuhnya menjadi tempat bersarangnya bahan kimia yang kelak berbahaya pada dirinya nanti.
Saya sebagai kawan, tahu akan perasaannya. Sejak saya menjadi ahli Shaklee, saya dapat tahu bahawa ada suplemen yang sesuai buat Ika. Pada mulanya Ika agak sukar nak cuba, katanya takut ada kesan sampingan. Alhamdulillah, pilihan saya tak salah, sebab suplemen Shaklee terbukti selamat, semulajadi, halal dan berkesan.
Apakah suplemen itu? Ianya
Alfalfa dan
GLA Complex. Dua produk ni saya syorkan pada Ika. Ika hanya ingin mencuba Alfalfa terlebih dahulu untuk detoksifikasi bahan-bahan bertoksin yang ada dalam badannya. Hal ini disebabkan Ika dah lama tak datang haid, jadi darah kotor tidak keluar, Maka badannya sudah lama menyimpan toksin yang berbahaya untuk tubuh.
Selepas itu, baru Ika mencuba GLA Complex, tapi sayangnya Ika acuh tak acuh, Tidak konsisten seperti yang saya nasihatkan. Jadi kesannya negatif. Tapi saya tak putus asa membantu Ika. Sejak bulan ramadan yang lalu, Ika nak ambil semula GLA Complex dengan konsisten. Saya sangat gembira.
Saya cuba guide Ika sebaik mungkin. Dan yang paling utama saya ingatkan Ika supaya jangan pernah berhenti berdoa. Doalah supaya Allah perkenankan doa Ika untuk atasi masalah haidnya. Ika ambil GLA Complex dan Alfalfa seperti yang disarankan oleh saya.
Beberapa minggu berlalu, Ika beritahu bahawa dia sakit pinggang. Saya cakap mungkin nak datang haid. Dia terus bersabar, berusaha dan berdoa. Dua minggu kemudian, sakit pinggangnya beransur pulih. Ika sempat mengadu pada saya bahawa stok GLA Complexnya makin surut, saya hanya mampu beri sokongan supaya dia jangan putus asa.
Malam selasa lalu, Ika beritahu saya berita paling gembira. Ya, haid Ika datang dengan izin Allah. Berbekalkan suplemen, kesabaran, usaha tanpa jemu dan paling utama DOA yang dipanjatkan. Alhamdulillah Allah perkenankan doa Ika.
Sungguh sampai hari ni saya masih gembira tak terhingga. Saya cakap pada Ika supaya meneruskan pengambilan GLA Complex walaupun sedang haid. Saya harap selepas ini haid Ika akan kembali stabil setiap bulan. Ini kisah kawan rapat saya. Saya sekadar membantu, dan ingatlah usaha tanpa henti, Doa pula senjata utama seorang muslim.
Ada juga kes, customer ini sudah mencuba sehingga 3 botol GLA Complex baru haidnya datang. Ini semua atas izin Allah. Segala yang baik dari Allah, yang buruk adalah dari kelemahan diri kita sendiri.
Pasti Allah duga untuk hambaNya sentiasa dekat denganNya. Dan juga ingin melihat sejauh mana kesabaran hamba-hambaNya tatkala menerima ujian yang diberikan.
Buat sahabat yang ada masalah ini dan ingin mencuba alternatif yang saya syorkan. Jangan segan untuk hubungi saya. In sha allah saya akan cuba membantu semampu saya sebagai hamba Allah. Jika diperkenankan, Allah akan bantu mencari penyelesaian untuk masalah anda.
PM/WHATSAPP/EMEL
Siti Zubaidah
0174678673
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
1084360