Isnin, 10 Februari 2014

Bagus ke Set Bersalin Shaklee?

Assalamualaikum..bismillah..ramai yang masih tak tahu yang Shaklee ada set bersalin sebenarnya. Mesti ingat set langsingkan badan sahaja kan? Beritahu apa masalah kesihatan anda. In sha allah pasti Shaklee ada penawarnya.

Tapi ok ke Set Bersalin Shaklee ni?? Takpe jom tengok apa yang best tentang Set Bersalin Shaklee ni. Shaklee menyediakan Set Bersalin Asas dan juga Set Bersalin Lengkap.


BERPANTANG DENGAN SET BERSALIN SHAKLEE. APA KEBAIKANNYA? KLIK UNTUK TONTON VIDEO INI





Ct tahu ramai kaum ibu yang ingin sekali mencari set bersalin yang benar-benar berkesan dan juga selamat bukan? Sebab itu Ct syorkan SET BERSALIN SHAKLEE yang boleh terus dimakan tanpa perlu menunggu seminggu selepas bersalin. Selain itu, si ibu yang melahirkan sama ada secara normal atau pembedahan akan segera kembali bertenaga walaupun baru seminggu berpantang.

Best tak? Harga pun murah. Subhanallah seronok kan kaum wanita zaman sekarang sebab boleh berpantang secara moden tak payah lagi nak berpilis di dahi dan yang paling best tahap demam kuning bayi turut terkawal.. Ha macam mana terbaik tak?


Memilih Set Bersalin mana yang terbaik?

Tak dinafikan terlalu banyak set-set bersalin diluar sana yang menjanjikan 1001 keistimewaan buat anda. Namun, apa yang menjadi tarikan buat saya walaupun saya belum berkahwin, set Bersalin dari Shaklee ini tak keterlaluan saya gelarkan sebagai SUPERB kerana fungsinya lebih dari sekadar berpantang.

Kalau dilihat banyak Set Bersalin di luar sana hanya boleh digunakan ketika berpantang sahaja. Betul tak? Malahan ada juga yang tidak menggunakan sepenuhnya produk Set Bersalin yang disediakan seperti pilis.

Tapi berlainan dengan Set Bersalin  Shaklee, ianya boleh digunakan selepas berpantang kerana ianya suplemen. Anda boleh jadikan ia sebagai makanan tambahan untuk kesihatan.Bukan sahaja buat diri malah boleh dikongsi bersama keluarga.

Sungguh tiada istilah rugi jika anda membeli Set Bersalin Shaklee walaupun anda membeli full set Bersalin.





SET BERSALIN ASAS




HARGA SET BERSALIN ASAS RM 269





SET BERSALIN LENGKAP





HARGA SET BERSALIN LENGKAP RM 469




Sebenarnya Ct faham tak semua orang ada bajet tambahan nak beli Set Bersalin lengkap sebab itu adanya Set Bersalin Asas. Namun begitu, buat kaum ibu yang masih ingin mencuba satu atau dua produk pun tiada masalah. Anda semua tetap pelanggan Ct yang sangat dialu-alukan. 

Selain itu ia juga boleh digunakan buat kaum wanita yang sedang hamil dan juga menyusu. Jadi sangat-sangat jimat. Sebab tak perlu cari produk lain untuk dicampurkan bersama.


FUNGSI UTAMA SET BERSALIN SHAKLEE



)) Memberikan nutrisi yang lengkap kepada si ibu yang kekurangan zat serta vitamin demi kesihatan optimum. Sesetengah kes si ibu yang mengalami kekurangan zat dan vitamin akan sentiasa penat, lesu dan juga pitam. Dengan setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting cukup untuk si ibu berasa cergas bertenaga seperti sedia kala.


2. B COMPLEX

)) Mengandungi kesemua jenis 8 vitamin B yang diperlukan oleh tubuh berupaya menguatkan jantung dan organ-organ lain selain mengurangkan stres bagi si ibu yang berpantang. Kulit si ibu juga menjadi lebih cantik dan berseri walaupun berada di dalam pantang. Bagi ibu yang hamil, B Complex mempunyai sistem penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Asid folik sangat penting bagi mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang

3. VITAMIN C

)) Anti oksidan yang kuat. Ia juga sebagai antibodi di mana Vitamin C membantu mengelakkan si ibu dan si bayi dari terkena penyakit. Vitamin C juga menyokong kesihatan jantung, imun, keutuhan sel, serta kesihatan mata, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

4. ZINC COMPLEX

)) Membantu menyembuhkan luka selepas pembedahan mahupun bersalin secara normal.


5. OSTEMATRIX

)) mengandungi kalsium yang penting untuk membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf serta mengurangkan simptom sakit belakang, kekejangan, mudah meradang dan kemurungan. 

6.  ENERGIZING SOY PROTEIN

)) Kandungan protein sangat diperlukan si ibu dalam mengekalkan otot , memperbaiki tisu, dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Selain itu, si ibu yang mengambil ESP akan berasa lebih bertenaga dan rasa kekenyaangan dalam tempoh berjam-jam lamanya. ESP juga bagus dalam memekatkan susu badan dan sekaligus membantu memberi rasa kenyang pada bayi.


TUNGGU DULU! NAK HARGA LEBIH MURAH SELAIN HARGA DI ATAS?


CARA 1

PM/ WHATSAPP/EMEL
0174678673
SID 1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my


CARA 2

Mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sangat mudah dan murah. Hanya sekali dalam seumur hidup. Anda boleh shopping produk Shaklee dengan harga yang jauh lebih berpatutan dengan diskaun sehingga 20-30%. Klik di sini untuk tahu cara mendaftar.



Terima kasih sudi membaca ya..

Selamat Berpantang secara sihat dan kembali cergas bertenaga semula!!




Jumaat, 7 Februari 2014

Minyak ikan boleh atasi masalah lutut

Assalamualaikum..Hai semua..ada kisah yang ingin Ct kongsikan. Bukan kisah orang lain tapi kisah Ct sendiri. Baru teringat tentang peristiwa ni sebab dah berlaku 7 tahun yang lalu. Ct pun tak berapa pasti bagaimana kepala lutut ni sering "terlepas" dari tempat asal. Tersalah langkah, sama da pijak tempat licin atau tak sekata kepala lutut akan "terlepas". Sakit memang sakit. Pernah jadi kedua-dua belah lutut. Fuhh kebetulan masa tu kena pergi solat asar di surau sebab tak boleh solat di dalam dorm. Bayangkan nak lipat kaki masa duduk di antara dua sujud. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Sebenarnya sakit lutut ini bukan sahaja dihadapi oleh orang yang sudah berusia malah golongan muda turut sama mengalaminya. Antara penyebab masalah pada lutut adalah :

1. Rheumatoid Arthritis (RA)
Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia disrang oleh sel putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia seperti RA.

2. Osteoarthritis  (OA)
Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan akibat tulang-tulang bergesel antara satu sama lain. Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

3. Terseliuh
Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau telah koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.

4. Tendinitis
Keradangan, kegatalan atau bengkak pada tendon. Tendon hilang keanjalan akibat penggunaan berlebihan atau penuaan.

Ha yang mana satulah masalah Ct kan. Takpe kita teruskan ke kisah yang seterusnya. Pada usia 18 tahun, dan sedang menunggu keputusan SPM. Masa tu pagi. Mama dan ayah pergi sekolah. Kira tinggal sorang-sorang je la kat rumah. Ct nak siram pokok bunga kebetulan ada sedikit air kat depan. Dah pijak situ memang lah licin, Ct cuba untuk tahan dengan kaki, tapi  kepala lutut seakan berpusing dan sakit sangat-sangat. Terduduk seketika. Sempat lagi tengok sekeliling takut-takut ada yang nampak. Masuk rumah terus duduk. Tak tahu nak buat apa. Sampailah mama dan ayah balik. Ingat terseliuh biasa sahaja tapi lutut nampak bengkak macam masuk angin dan yang paling mengejutkan Ct tak boleh bangun. Dalam erti kata lain, rasa sedih sangat sebab kaki macam tak berfungsi.

Terus pergi ke klinik. Mula-mula nak pakai tongkat tapi memang tak boleh sebab tak boleh berdiri. Apa lagi terpaksa duduk di atas kerusi roda. Jumpa doktor, dia cakap tak ada apa-apa cuma terseliuh sahaja. Okay tapi sakit la doktor. Dapat ubat terus balik dan makan. Tapi memang betul la namanya ubat. Tak lalu kot sebab ada salah satu ubat tu kena kunyah. Bayangkan hampir habis ubat tu Ct kunyah dan telan walaupun tak sanggup demi nak baik. Kebetulan masa tu kami sekeluarga mengamalkan supplemen minyak ikan. Ct pun cakap nak cuba makan minyak ikan. Tahu tak apa jadi? Esoknya bangun rasa sakit tu dah berkurang. Betul tak bohong punya. Apa lagi selamat tinggal ubat. Sejak hari tu terus amalkan minyak ikan.

Bila dah berkecimpung dalam supplemen Shaklee ni, syukur sangat-sangat sebab Shaklee turut menyediakan minyak ikan yang dikenali sebagai OMEGA GUARD. Jadi kalau mereka yang punya masalah lutut, anda boleh pilih sama ada OMEGA GUARD, ADVANCED JOINT HEALTH TABLET atau ALFALFA. Eh mesti ramai tertanya-tanya kenapa ALFALFA? Okay sebelum ni memang Ct makan minyak ikan, selepas tu kan dah jumpa makanan tambahan semulajadi tanpa bahan sintetik. Produk Shaklee yang pertama Ct cuba adalah Alfalfa. Baru tahu yang Alfalfa ini juga mencegah arthritis dan atasi kesakitan sendi. Kalau sebelum ni kalau sejuk rasa sengal-sengal je lutut tapi sejak amalkan Alfalfa. Memang dah tak rasa semua tu. Alhamdulillah.

Omga Guard ni juga punya fungsi yang lain tau. Mesti semua nak tahu. Yang bestnya semua peringkat boleh amalkan Omega Guard ni daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah peringkat dewasa mahupun warga emas. Jom kita tengok Manfaat utama Omega Guard :





**Asid lemak EPA dan DHA dari Omega 3 berasal dari ikan laut air sejuk membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul akibat andropaus. Ia juga mengimbangi perubahan hormon wanita yang hadapi PMS, dan juga membantu dalam melicinkan kulit dan menjadi kemerah-merahan.**

** Mencegah saluran darah tersumbat dan strok. DHA dan EPA membantu melincirkan saluran darah dan mengkalkan tekanan darah normal serta ketegangan dileher atau sakit kepala. Jadi memang sesuai sangat bagi mereka yang punya sakit jantung, darah tinggi mahupun darah rendah. Ia turut merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah, dan mengawal obesiti. Yang mana nak langsingkan badan. Eloklah mengamalkan Omega Guard.**

** Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA bagus untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting bagi 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Ha ibu-ibu sekalian yang tak minum susu, boleh lah ambil Omega Guard bagi menggantikan susu. DHA juga baik untuk ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran. Jadi ianya juga sesuai untuk kanak-kanak yang hendak membesar.**

** Meningkatkan sistem imun dan meyihatkan paru-paru- mengawal alahan, demam, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.**

** Menentang kanser terutamanya kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga merangsang kesiahatn hati selepas pembedahan dan membantu kesihatan pankreas bagi pesakit kanser.**

** Memelihara fungsi-fungsi sendi (ARTHRITIS)- Asid lemak dalam Omega 3 larut dalam tisu rawan dan sekaligus mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia turut mengelakkan dari terkena gout dengan efektif.**

**Mencegah insomnia dan  membantu mengurangkan tekanan. EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, kebimbangan, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.**


CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK.

1. Kanak-kanak seawal usia 1 tahun selamat diberikan Omega Guard.

2. Ambil satu sahaja kapsul dan diberi makan secara kunyah bagi kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas.

3. Jika anak-anak masih kecil, ambil sebiji kapsul dan cucuk dengan jarum bersih dan letakkan di dalam sudu atau masukkan di dalam makanan atau minuman mereka.

4. Letakkan Omega Guard di tempat yang punya suhu rendah seperti chiller untuk mengekalkan khasiatnya.


CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK ORANG DEWASA.

1. Omega Guard tidak boleh diambil lebih dari 3 biji dalam sehari.

2. Ambil 1 biji selepas makan sarapan, dan 2 biji selepas makan tengah hari. Makan sebiji pun memadai bergantung pada masalah kesihatan yang dihadapi.

3. Ia juga membantu dalam pembakaran lemak. Jadi bagi mereka yang mengambil SET KURUS boleh ambil Omega Guard untuk membantu melangsingkan badan dengan efektif.


HARGA RUNCIT OMEGA GUARD DI PASARAN

RM 136.00 (90 Capsules)



PM/WHATSAPP/ EMEL CT
017 4678673
SID 1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my


ATAU....



Daftar sebagai ahli Shaklee, lepas ni kalau nak beli memang murah dan boleh beli sampai ke anak cucu. Caranya boleh tengok kat sini.



Ha yang mana masih mengalami masalah sakit lutut, boleh cuba ya Omega Guard. In sha allah bukan sahaja sakit lutut dapat diatasi malah sakit yang lain turut sama sembuh. Okay sekian kisah Ct. Hope anda semua happy selalu dan jalani hidup dengan tenang di bawah lindunganNya. aamiin. Wassalam. Babai!



Rabu, 5 Februari 2014

Loya semasa hamil? Mabuk laut? Gastrik? Say "No"

Assalamualaikum. Ha nampak tak kenapa kena cakap"tidak" untuk semua masalah kat atas? Yela korang larat ke hadapinya tiap-tiap hari terutamanya angin berlebihan dalam badan.

Selain tu, masalah loya bagi ibu yang berada di awal kehamilan pasti melanda. Aduhai bersabarlah wahai kaum wanita. Allah mengirimkan Malaikat buat ibu-ibu yang hamil agar setiap doa mereka diangkat dan in sha allah diterima oleh Allah. Aamiin.

Tapi ada juga kawan Ct yang ada masalah gastrik, Pung pang pung pang punya sembang semua akhirnya dia cakap sebab makan tak tentu masa. Tulah ingat tau korang, makan pagi kena ambil. Makan tengahari pun sama. Makan malam tu kalau dah gastrik jangan pula nak berdiet.

Makan malam kena makan namun selewat-lewatnya sebelum pukul 10 malam. Sebab ia mengambil masa selama 4 jam untuk makanan yang kita makan dihadam sepenuhnya.

 Jangan terus tidur pula. Nanti lemak-lemak sudi berkawan dengan kita dengan rapatnya..haha.mesti tak nak kan? Masa tengahari dan lepas dinner eloklah amalkan Alfalfa dan lecithin untuk detoks dan bakar lemak yang degil tu. Bolek klik kat sini macam mana nak detoks dan bakar lemak tu.

Okay bagaimana nak atasi masalah-masalah berikut? Memperkenalkan PEPPERMINT-GINGER PLUS!!

 


Peppermint-Ginger Plus ini merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosuder standard melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

APA YANG BAGUSNYA PEPPERMINT- GINGER SHAKLEE NI??

)) Pudina :

Melegakan otot perut, membantu melegakan kesakitan akibat gastrik dan pedih hulu hati serta cirit-birit. Ia juga melegakan kesa-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi. Pudina juga meransang peluh. Jadi ia menyekat seseorang dari terkena demam apabila seseorang dijangkitit selsema.

)) Halia :

Halia telah digunakan sejak 2 ribu tahun yang lalu oleh masyarakat Cina dalam merangsang rembesan enzimSalvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika hamil, selepas melahirkan anak dan semasa pantang.

)) Pokok Adas (fennal) :

Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

)) Cekur Manis :

Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masaalh pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Ia juga melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan  dan lembut pada perut.

BERAPA HARGA RUNCIT PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE DI PASARAN ??

Harga runcit adalah RM 45.00


NAK HARGA LEBIH MURAH?? BAGAIMANA???


PM/WHATSAPP/ EMEL CT
017 4678673
SID 1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my


ATAU....



JOM JADI AHLI!

Bagaimana nak jadi ahli? 

Sebab apa anda harus daftar sebagai ahli Shaklee?

Adakah lebih jimat atau sebaliknya?


Untungnya bila dengan bayaran hanya Rm 75 seumur hidup, peluang untuk mendapat potongan sehingga 30% adalah tidak mustahil. Di mana sahaja anda berada. Klik sini.cara daftar


Okay korang Ct doakan siapa-siapa yang ada masalah ni akan dapat dikurangkan dengan pengambilan Peppermint- Ginger Plus ya. In sha allah. Wassalam. Bye-bye!!

Isnin, 3 Februari 2014

Dia Sabariah....

Assalamualaikum.. bismillah..mesti tertanya-tanya kenapa tajuknya ringkas sahaja dan menggunakan nama seseorang. Kenapa Sabariah? Sabariah ni merupakan sepupu ayah Ct tapi istimewa nya Sabariah ni dia seorang lembam. Jadi dia tak dapat berfikir sebagaimana orang normal fikir. Tapi bagi Ct dia istimewa kerana dia suka sangat kumpul duit dan kadang-kadang minta duit rm1 takpun lebih dari itu pun ada..hehe..

Masa dulu ayah bawa Ct dan adik-adik ziarah Sabariah, rasa takut pun ada. Al maklumlah masa tu kecil lagi. Jadi ingat Sabariah nak buat apa-apa kat kami. Tapi dia memang suka duduk dekat lepas tu senyum-senyum. hehe. kira Sabariah nak kawan dengan Ct la. Sebelum balik ayah atau mama akan hulur duit kat Sabariah. Lepas tu cepat-cepat Sabriah simpan dalam beg duit khasnya. Haha kau adoo?? Boleh rasa duit Sabariah sekarang ni dah banyak yang terkumpul. hehe. Itulah sedekah buat Sabariah. Sekurang-kurangnya duit tu boleh beli baju, tudung takpun barang-barang lain buat dirinya.

Awat Ct tak panggil mak cik Sabariah? Sebenarnya lebih suka panggil Sabariah sebab dia akan lebih dekat dengan kita banding panggil mak cik. Sabariah ok je tak marah pun panggil guna nama. Apa yang Ct nak highlightkan walaupun ramai melihat kekurangan yang dihadapi oleh Sabariah tanpa mengetahui ada kelebihan yang Allah hadiahkan buat dirinya. Allah itu maha adil. Umur Sabariah makin lama makin meningkat. Tak silap Ct dah mencecah umur 62 tahun. Lebih tua dari ayah Ct.

NAMUN, Sabariah tak ada penyakit berbahaya malah sakit lutut, kebas-kebas tangan pun tak ada. Dan Sabariah punya ingatan yang kuat. Dia kenal semua orang dan dapat ingat nama mereka satu-satu. Sabariah panggil ayah Ct sebagai "dik Man". Subhanallah ikutkan kalau umur sebegitu dah banyak penyakit dah ada dalam tubuh. Bagi Ct, Allah tak nak Sabariah ini menjadi beban kepada kakak Sabariah yang menjaga Sabariah selama ini. Yelah kalau sakit Sabariah dah menjadi bebanan walaupun kakak Sabariah tak kisah, tapi Allah kisah. Allah uji hambaNya untuk menjaga dan menguruskan Sabariah sahaja. Cukup itu yang Allah berikan. Tambahan pula, kakak Sabariah mengalami sakit lutut yang agak kronik jadi pergerakan agak terhad.

Semalam kenduri, Ct jumpa lagi dengan Sabariah. Seronok tau sembang-sembang dengan Sabariah. Masa nak balik, mama hulurkan duit lagi buat Sabariah. Dok tercari-cari juga beg duit khasnya. Guess what? lepas tu dia bawa keluar beg duit yang diletakkan di bawah punngungnya. haha. Tak sangka tempat itu menjadi tempat strategik untuk Sabariah simpan duit. mesti takut hilang atau orang ambil. Sabariah, Sabariah. terbaiklah!! Pertemuan diakhiri, Ct dan mama pun bangun minta diri. Sabariah pun bangun sama. Ingat nak ikut kami balik. Rupa-rupanya Sabariah nak peluk Ct dan mama. Comel sangat. Ct sentiasa doakan Sabariah sihat dan mudah-mudahan diberikan kekuatan buat mereka yang menjaga Sabariah selama ini supaya mereka terus melindungi Sabariah sampai bila-bila. Walaupun Sabariah begitu, tapi dia telah membahagiakan hati semua orang. Terasa insaf kerana diri sendiri yang normal belum tentu dapat membahagiakan orang yang kita sayang sepenuhnya. itu sahaja Ct nak kongsi dengan semua. Diharap jika sesiapa yang ada adik, kakak, anak, mahupun kawan macam Sabariah janganlah mengabaikan mereka. Mereka itu lebih mulia di sisi Allah berbanding diri kita ini dan jagalah mereka dengan baik. Moga Allah melimpahkan rahmat yang lebih buat diri anda semua. Wassalam.

p/s maaf lupa la nak ambil gambar Sabariah. in sha allah lain kali kalau jumpa Ct akan ambil ya..