Isnin, 22 September 2014

Cara Nak Tambah Selera Makan.

Terdapat pelbagai faktor lain yang menyebabkan selera makan berkurangan. Seseorang yang mengalami sakit kronik contohnya kanser tertentu, sering mengambil ubat-ubatan moden, kurang/tidak makan sayur-sayuran dan sering sembelit dikaitkan dengan kurang selera makan. 

Ubat-ubatan moden seperti kemoterapi mengganggu fungsi hati di mana hati ialah organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi.

Perubatan Tradisional China percaya gangguan fungsi hati akan menyebabkan gangguan selera dan penghadaman selain mengganggu ketenteraman minda. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati.


Periksa lidah


Jika anda sering mengalami sembelit cuba julurkan lidah anda di hadapan cermin. Lihat warna dan tekstur lidah. Jika ia berwarna putih/kuning dan kering, maka ia adalah tanda anda mengalami ‘hati sesak’ iaitu fungsi hati anda mengalami gangguan.

Mereka yang sering mengalami susah hati, murung dan resah boleh mengalami keadaan lidah yang sama. Begitu juga mereka yang sering makan ubat-ubatan moden dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Jadi, beberapa langkah boleh dilakukan untuk meningkatkan selera makan iaitu dengan mengambil herba yang bersifat menggalakkan pengeluaran bendalir hempedu.

Herba bersifat pahit seperti peria, patawali atau buah tunjuk langit biasanya membantu melancarkan pengeluaran bendalir hempedu. Ulam-ulaman seperti pegaga kampung dan ulam raja juga dipercayai memiliki sifat yang serupa.

Kebaikan pengambilan herba kategori penggalak pengeluaran bendalir hempedu ialah ia membantu melancarkan fungsi sistem penghadaman, melancarkan fungsi hati dan meningkatkan selera makan.

Sesetengah orang yang mengalami demam selesema mudah mengalami kurang/hilang selera terhadap makanan tertentu atau sebarang jenis makanan.

Amalan orang dulu-dulu mengambil makanan mudah hadam seperti bubur nasi merupakan amalan yang sesuai dengan keperluan selera ketika seseorang mengalami demam selesema atau sakit tenat.

Orang Cina pula biasa memberi orang sakit makan sup ayam yang dicampurkan dengan beberapa jenis herba contohnya cendawan. Rupa-rupanya cendawan mengandungi sejenis karbohidrat yang bersifat merangsang fungsi sistem imun di samping pelbagai sifat lain yang bermanfaat.

Sesetengah orang Melayu apabila demam selesema mereka mengamalkan sup sayur, ayam, nasi atau bihun yang ditambah dengan herba seperti kayu manis dan cengkih.

Selain menambat selera makan, herba tersebut sebenarnya bersifat antivirus dan melancarkan penghadaman. Herba-herba seperti halia, bawang dan bawang putih juga bersifat antivirus di samping memiliki sifat anti-keradangan.  

Terdapat pelbagai pendapat mengenai mengapa seseorang yang mengalami demam selesema mudah mengalami kekurangan selera makan. Satu daripada puncanya ialah selesema berpunca dari keradangan menyebabkan seseorang kurang sensitif terhadap bau atau aroma makanan.

Oleh sebab salah satu tarikan seseorang terhadap makanan ialah aromanya maka selesema yang dialami dipercayai menyebabkan selera makan terganggu..



Cara Moden Selain Mengamalkan Herba.



Bila sebut herba, pastinya ramai berkerut muka kerana terbayangkan kepahitan yang sedia ada pada herba-herba tersebut. 


Oleh yang demikian, pengambilan suplemen semulajadi semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sekarang kerana lebih mudah dan praktikal untuk dimakan dan dibawa kemana sahaja. 

Sebut sahaja Shaklee pasti hampir semua orang tahu kehebatannya. Harga mampu miliknya juga menjadikan Shaklee semakin terkenal di seluruh negeri. Berbalik kepada cara moden untuk menambah selera makan, saya syorkan beberapa jenis suplemen untuk mereka yang sudah lama menghadapi masalah ini.

Jika anda benar-benar mengalami masalah kurang selera makan dan juga berat badan dalam kategori "underweight", anda digalakkan untuk mengamalkan Meal Shakes dan B Complex. 

Meal Shakes terkenal dengan nutrisinya yang lengkap dengan vitamin dan mineral, ianya mempunyai rasa yang sedap untuk diminum oleh semua peringkat umur, jadi jika ada dalam kalangan anak anda yang sukar mengamalkan sayur atau buah-buahan boleh berikan Meal Shakes ini kepada anak anda.

B Complex juga selain menambah selera dapat membantu dalam mengatasi masalah insomnia  Ia juga dapat meredakan senggugut dan mencegah anemia.

Namun begitu, jika anda sering mengalami selesema, dinasihatkan mencuba Sustained Release Vitamin C-Plus terlbih dahulu untuk mengurangkan simptom selesema itu di samping dapat meningkatkan sistem imun, mengurangkan asthma, alergi hidung, membentuk kolagen dalam masa yang sama dan mencantikkan kulit.

Jika masalah selera makan anda terbantut disebabkan masalah sembelit yang tiada kesudahannya, apa kata anda cuba Herb-Lax. Ianya bagus dalam membersihkan usus anda dan mengampiskan perut serta mengurangkan jeragat.

Terbaik bukan? Semuanya mampu milik buat anda. Ini adalah antara cara-cara moden untuk anda menambah selera makan secara selamat dan semulajadi. 


Bagaimana nak dapatkan semua suplemen di atas??


Boleh terus hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Saya pasti anda tidak akan menyesal kerana Shaklee sememangnya berkesa, selamat dan semulajadi. :)






PM/WHATSAPP/EMEL

Siti Zubaidah 

0174678673

Bintang_sinar89@yahoo.com.my

1084360


















.

Khamis, 4 September 2014

Cara Atasi Haid tak stabil

Pernah alami masalah haid datang tak menentu tak? Dalam erti kata lain, haid kadang-kadang datang, kadang-kadang setahun, dua tahun dan pernah bertahun-tahun tak pernah datang. Kenapa? Apa penyebabnya?

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Meh saya nak kongsi satu kisah tentang kawan rapat saya sendiri. Saya panggil dia Ika. Ika beritahu sejujurnya dia mengalami masalah haid yang tidak stabil. Sebelum ni, Ika beritahu bahawa haidnya sudah tidak menentu sejak kali pertama dia datang haid. Haidnya pernah setahun tak datang. Apa yang boleh dia lakukan hanyalah mengambil ubat iaitu pil perancang kehamilan.

Sebelum mengambil ubat turun darah, Ika terlebih dahulu mendapatkan rawatan doktor pakar. Ika beritahu bahawa dia turut menbuat scan pada rahimnya jikalau ada berlakunya ketumbuhan yang tidak dingini penyebab masalah haid tidak stabil. Alhamdulillah, tiada apa-apa. Rahimnya sihat. Cuma masalah hormon yang menggangu kitaran haidnya.

Macam biasa haid akan datang dan berhenti tepat pada waktunya. Tapi sampai bila dia harus mengharapkan ubat untuk turunkan darah haidnya? Lagi pula, berat badannya dilihat semakin bertambah seiring dengan penambahan selera makan. Pastinya efek dari pengambilan pil perancang itu.

Selepas berhenti mengambil pil perancang, haid Ika kembali huru hara. Dalam setahun kadang kala 2 hingga 3 kali sahaja haid datang. Ika seakan putus harapan. Nekad untuk tidak lagi mengambil sebarang ubat kerana tahu haidnya akan turun kalau makan ubat sahaja. Ika juga tak ingin tubuhnya menjadi tempat bersarangnya bahan kimia yang kelak berbahaya pada dirinya nanti.

Saya sebagai kawan, tahu akan perasaannya. Sejak saya menjadi ahli Shaklee, saya dapat tahu bahawa ada suplemen yang sesuai buat Ika. Pada mulanya Ika agak sukar nak cuba, katanya takut ada kesan sampingan. Alhamdulillah, pilihan saya tak salah, sebab suplemen Shaklee terbukti selamat, semulajadi, halal dan berkesan.

Apakah suplemen itu? Ianya Alfalfa dan GLA Complex. Dua produk ni saya syorkan pada Ika. Ika hanya ingin mencuba Alfalfa terlebih dahulu untuk detoksifikasi bahan-bahan bertoksin yang ada dalam badannya. Hal ini disebabkan Ika dah lama tak datang haid, jadi darah kotor tidak keluar, Maka badannya sudah lama menyimpan toksin yang berbahaya untuk tubuh.




Selepas itu, baru Ika mencuba GLA Complex, tapi sayangnya Ika acuh tak acuh, Tidak konsisten seperti yang saya nasihatkan. Jadi kesannya negatif. Tapi saya tak putus asa membantu Ika. Sejak bulan ramadan yang lalu, Ika nak ambil semula GLA Complex dengan konsisten. Saya sangat gembira.

Saya cuba guide Ika sebaik mungkin. Dan yang paling utama saya ingatkan Ika supaya jangan pernah berhenti berdoa. Doalah supaya Allah perkenankan doa Ika untuk atasi masalah haidnya. Ika ambil GLA Complex dan Alfalfa seperti yang disarankan oleh saya.

Beberapa minggu berlalu, Ika beritahu bahawa dia sakit pinggang. Saya cakap mungkin nak datang haid. Dia terus bersabar, berusaha dan berdoa. Dua minggu kemudian, sakit pinggangnya beransur pulih. Ika sempat mengadu pada saya bahawa stok GLA Complexnya makin surut, saya hanya mampu beri sokongan supaya dia jangan putus asa.

Malam selasa lalu, Ika beritahu saya berita paling gembira. Ya, haid Ika datang dengan izin Allah. Berbekalkan suplemen, kesabaran, usaha tanpa jemu dan paling utama DOA yang dipanjatkan. Alhamdulillah Allah perkenankan doa Ika.

Sungguh sampai hari ni saya masih gembira tak terhingga. Saya cakap pada Ika supaya meneruskan pengambilan GLA Complex walaupun sedang haid. Saya harap selepas ini haid Ika akan kembali stabil setiap bulan. Ini kisah kawan rapat saya. Saya sekadar membantu, dan ingatlah usaha tanpa henti, Doa pula senjata utama seorang muslim.

Ada juga kes, customer ini sudah mencuba sehingga 3 botol GLA Complex baru haidnya datang. Ini semua atas izin Allah. Segala yang baik dari Allah, yang buruk adalah dari kelemahan diri kita sendiri.
Pasti Allah duga untuk hambaNya sentiasa dekat denganNya. Dan juga ingin melihat sejauh mana kesabaran hamba-hambaNya tatkala menerima ujian yang diberikan.

Buat sahabat yang ada masalah ini dan ingin mencuba alternatif yang saya syorkan. Jangan segan untuk hubungi saya. In sha allah saya akan cuba membantu semampu saya sebagai hamba Allah. Jika diperkenankan, Allah akan bantu mencari penyelesaian untuk masalah anda.



PM/WHATSAPP/EMEL

Siti Zubaidah 

0174678673

Bintang_sinar89@yahoo.com.my

1084360



Jumaat, 9 Mei 2014

Tips Menambah dan Memekatkan Susu Badan

Bismillah. Alhamdulillah.

Terima kasih buat semua yang sudi singgah di blog Ct untuk mengambil manfaat pada setiap perkongsian.

Hari ni Ct nak berkongsi tentang tips-tips untuk menambah dan memekatkan susu badan. Bagi wanita yang baru pertama menjadi ibu, teknik dan cara yang betul perlu diketahui agar proses penyusuan badan pada bayi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Oh ya Ct memang belum ada pengalaman sebegini kerana Ct belum berkahwin dan jauh sekali hamil, Ct berkongsi berdasarkan pengalaman yang Ct perolehi dalam grup Shaklee iaitu MARIA FIRDAUS' MILLIONAIRE IN SHAKLEE (MFMS). Alhamdulillah dari itu, Ct mahu berkongsi sedikit sebanyak panduan ini buat anda semua.



Pastinya susu ibu adalah yang terbaik buat bayi kerana ia merupakan makanan pertama buat si bayi yang akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan penyakit.

 Penyusuan pertama bayi adalah akan dimulakan dengan menjilat, menghisap dan berhneti sebentar. Pola hisapan akan berlaku selama beberapa jam dan adakalanya beberapa hari.

Bayi secara semualajadi pandai menghisap susu dan melekap pada ibu payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang baru pertama sekali mengalaminya akan berasa teruja dengan keadaan tersebut.

Namun, sesetengah ibu berpantang mengalami masalah kekurangan susu. Ia sering berlaku kepada ibu-ibu yang berkerjaya.

Berbagai-bagai punca yang dikenalpasti mempengaruhi penghasilan susu. Jadi ibu harus tahu apa masalahnya. Seterusnya menggunakan tip-tips yang akan diberikan untuk membantu penghasilan susu badan yang lebih 'meriah'.




1. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK





Kekurangan air di dalam badan bukan sahaja merencatkan penghasilan susu badan, malah menyebabkan kulit menjadi kering terutama kepada ibu menyusu yang sedang dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas melahirkan bayi.

Air sangat penting dalam perkumuhan. Badan yang kekurangan air akan mudah dijangkiti penyakit, kerana badan tidak dapat mengeluarkan bahan bertoksik melalui proses perkumuhan.

Amalkan minum air masak secara efektif bukan secara banyak sekaligus. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Nak mudah, bawa bekalan air di mana sahaja anda pergi. Jadi tiada alasan anda terlupa minum air amsak secukupnya untuk hari itu.



2. BERTENANG, JANGAN STRES




Ibu-ibu perlu bertenang.  Tekanan juga salah satu sebab susu badan sukar terhasil. Kenapa perlu bertenang? Kerana jika anda bertenang, tindak balas hormon akan meneutralkan dan membantu pengeluaran susu badan.

Anda boleh buat begini. Sewaktu memerah atau menyusukan anak anda, fikir momen-momen indah ketika bersama suami anda mahupun kenangan terindah sewaktu berbulan madu. Anda juga boleh berangan bercuti ke pulau impian anda yang pastinya mendamaikan jiwa anda.

Selain itu, bersolat, mendengar alunan suci Al-Quran juga lagu-lagu indah dapat membantu anda bertenang. In sha allah, susu badan akan mengalir laju dan bayi anda pasti lena kekenyangan.






3. AMALKAN MAKANAN PERANGSANG SUSU




Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, para ibu perlu menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian mereka. Ia  juga dipanggil "milkbooster".

Setiap ibu mempunyai kadar "milkbooster" yang berlainan bergantung kepada hormon masing-masing.
Misalnya, anda perasan susu badan anda kembali penuh setelah makan sarapan, Ini bermakna makanan tersebut merupakan  "milkbooster".


Semestinya "milkbooster" yang terlaris masa kini adalah SET MENYUSU SHAKLEE. Ia membantu dalam membanyakkan susu badan dalam masa yang sama memekatkan susu agar dapat mengenyangkan bayi anda.

Ia menjadi pilihan ibu yang sibuk dan bekerjaya memilih makanan tambahan kerana ianya mudah dan cepat. Pastinya suplemen daripada Shaklee terdiri daripada bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan para ibu moden di luar sana.




4. POSITIF



Alamak! Susu makin tak ada. Sabar, jangan risau Positifkan diri. "Mindset" kembali otak anda. Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Setiap apa yang difikirkan kita menentukan apa yang akan kita lakukan kelak.

Apabila berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dan melancarkan pengeluaran susu anda.

Mulai hari ini, sentiasa berfikir, "HARI INI ANAKKU CUKUP MAKAN KERANA SUSU BADAN AKU BANYAK"



5. SUPPLY AND DEMAND



Para ibu harus faham tentang konsep lebih banyak susu ibu dikeluarkan, lebih banyak susu akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan "demand and supply".

Sentiasa memberi bayi anda susu walaupun pada mulanya bayi sekadar menghisap angin, Ia akan membantu dalam menghasilkan susu badan secara semulajadi. Perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan jumlah yang sedikit untuk berasa kenyang.

Susu yang dihasilkan anda sebenarnya cukup untuk si bayi mengikut umurnya. Jadi jangan bimbang jika ada bayi yang merengek walaupun sesudah anda memberinya susu badan. Naluri bayi ingin sentiasa didakap dan dipeluk oleh ibunya. Bayi sukakan sentuhan anda yang sebenarnya menenangkan jiwa mereka.

Salah satu hikmah menyusukan bayi adalah bayi akan lebih rapat dengan anda dan lebih menyayangi anda bila mereka dewasa kelak. Jadi sentiasalah mendakap bayi anda dan mencium mereka. Mereka pasti akan berasa tenang dan gembira.



6. MEMERAH SUSU BADAN




Ibu-ibu yang bekerjaya perlu menyediakan stok susu badan supaya dapat dibekalkan kepada pengasuh anak anda semasa ketiadaan anda.

Jadi mulalah berlatih memerah susu badan ketika berpantang supaya susu badan sentiasa ada sehingga bayi anda berumur 2 tahun. Susu yang sudah diperah boleh disimpan di dalam peti sejuk supaya dapat tahan lebih lama.

Ibu yang bekerjaya juga boleh memerah susu badan ketika bekerja. Seeloknya jadual memerah disediakan supaya anda lebih 'alert' atau memasang penggera jika sampai waktu memerah susu. Jadi anda tidak mudah lupa.

Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula susu yang telah diperah.



7. KOSONGKAN PAYUDARA

Kosongkan payudara? Lebih tepat adalah kerap memerah susu badan dan menyusukan bayi. Jangan biarkan payudara anda sentiasa penuh dengan susu dan bengkak. Malah jika dibiarkan bengkak, dikhuatiri akan menyebabkan demam secara tiba-tiba pada si ibu.

Lebih banyak ruang kosong dalam payudara, lebih banyak susu dapat dihasilkan.

Cara mudah untuk mengosongkan payudara anda adalah semasa anda menyusukan bayi anda misalnya di sebelah kanan, malah di sebelah kiri pula anda perah menggunakan pam elektrik.  Jadi proses pengosongan berlaku dengan cepat dan lebih efektif.


KESIMPULANNYA


Diharap ibu-ibu dapat jadikan ia sebagai panduan sepanjang menyusukan bayi anda. Jangan pernah berhneti berusaha kerana "Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan". In sha allah segalanya akan dipermudahkan Allah. Semoga bayi yang disusui dilimpahkan rezeki buatnya untuk membesar dengan sihat dan sempurna.


Sekian. Wassalam. :)

Sebarang pertanyaan tentang produk shaklee boleh terus pm atau whatsapp saya.

Siti Zubaidah  0174678673
SID 1084360


Rabu, 7 Mei 2014

Hebatnya Bersedekah!

Bismillah. Terasa ingin menulis tentang hebat dan ajaibnya sedekah.

Sesetengah orang melihat SEDEKAH sebagai perkara sampingan dan mungkin juga tidak begitu penting dalam hidup mereka.

Sesetengah dari mereka yang lain pula menganggap SEDEKAH itu sangat penting dan kalau boleh setiap hari ada saja duit lebih, mudah saja mereka SEDEKAHkan.



Yang mana satu anda?

Pastinya yang kedua. Anda orang yang sentiasa memberi dan pastinya Allah akan membalasnya sehingga anda 'terpaksa' menerima tanpa anda sedar.

Sekarang ni mudah sangat nak SEDEKAH. kenapa?

Mana taknya, kita boleh terus transfer mahupun bank in duit yang ingin kita hulurkan sumbangan tanpa perlu bersusah payah mencari pihak yang ingin kita bantu.

Mudah kan?

Kenapa saya cakap ajaib?

Tak percaya? Cuba buat dan percaya. Rezeki anda akan jauh lebih murah berbanding anda kurang berSEDEKAH.

Misalnya, anda dalam kesempitan, banyak masalah yang tak menemui jalan penyelesaiannya. Ambil duit anda yang anda mampu ketika itu. Contoh RM 20, SEDEKAH saja pada mana-mana anak yatim yang anda kenali. Niat dalam hati, moga Allah mudahkan urusan anda.

Tunggu saja. Tak lama selepas itu, pasti adanya jalan mudah yang akan anda dapat. Sungguh buat dulu baru adna akan merasainya.

Tahukah anda?

Duit di dalam akaun mahupun poket anda belum tentu milik anda sepenuhnya, kerana ia bisa ditarik bila-bila sahaja.

Namun, jika anda memberi dan terus memberi tanpa henti, SEDEKAH anda adalah milik anda sepenuhnya dan menjadi SAHAM AKHIRAT buat anda untuk dihisab kelak.

Contoh, anda ada RM 50, kebetulan anda nampak tabung derma, terus anda keluarkan RM 1 sahaja untuk diderma. Tak salah ya cuma kalau ada yang lebih besar nilainya bukankah lebih baik?

Manusia pun suka kan kalau dapat duit RM 50 berbanding RM 1, ya kan?

Dalam perjalanan, anda dapati tayar anda pecah. Jadi pastinya anda akan menggunakan RM 50 malah lebih dari itu untuk menggantikan tayar baru.

Anda dengan berat hati membayar kerana terpaksa.

Jadi, duit anda habis begitu sahaja tanpa anda sedar. 

In sha allah manusia perlu tekadkan dalam hati ingin berubah ke arah lebih baik dari sehari ke sehari yang seterusnya.

Allah akan bantu mereka yang ingin menuju ke arah kebaikan.

Jadi jom pakat SEDEKAH banyak-banyak mulai sekarang. Pesanan ni untuk diri sendiri juga. Kerana kita manusia biasa. Ada salah, namun jika kita tahu salah, cepat-cepat kita betulkan.

Wassalam

"THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK"

Sabtu, 26 April 2014

Rawat Resdung Kronik dengan Shaklee

Assalamualaikum. Bismillah. Siapa ada resdung? Saya pun tak terkecuali untuk ada penyakit ini. Alhamdulillah saya berjaya atasinya dengan Set Resdung dari Shaklee. Sebelum tu, jom kita kenali apa itu penyakit resdung.

Penyakit resdung adalah sejenis alahan yang serius dan juga digelar sebagai sinusitis. Ia sebenarnya tidak berbahaya namun jika dibiarkan akan menjadi kronik di mana ia menyebabkan komplikasi otak dan seterusnya meragut nyawa anda!

Pesakit yang mengalami resdung biasanya kerap bersin, gatal muka, telinga, hidung dan telinga. Selain itu, pesakit juga berasa pening kepala di waktu pagi dan efek mata merah dan berair.

Namun, jangan risau kerana Shaklee telah pun menyediakan Set Resdung lengkap untuk pesakit resdung.






SET RESDUNG SHAKLEE







Alfalfa Complex

  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.


B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.


Nak dapatkannya? Boleh hubungi saya.


PM/WHATSAPP/ EMEL CT




017 4678673
SID 1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my


ATAU....



JOM JADI AHLI!

Bagaimana nak jadi ahli? 

Sebab apa anda harus daftar sebagai ahli Shaklee?

Adakah lebih jimat atau sebaliknya?


Untungnya bila dengan bayaran hanya Rm 75 seumur hidup, peluang untuk mendapat potongan sehingga 30% adalah tidak mustahil. Di mana sahaja anda berada. Klik sini.untuk mendaftar

Terima kasih kerana sudi membaca. Babai. Assalamualaikum.

Khamis, 24 April 2014

Cara Rawat Kulit Dari Dalam

Alhamdulillah, dulu tak pernah fikir dapat rasa kulit muka yang lembut, mana taknya jerawat naik dengan suburnya masa umur 13 tahun. Ya Allah masa tu terima saja apa Allah nak bagi. Tapi ia sebenarnya mengajar kita untuk sabar. Alhamdulillah saya sabar.

Ianya bermasalah tanpa diberikan penyelesaian sehingga saya kenal Shaklee. Memang saya jual Shaklee. Tapi sebelum saya jual, saya mencuba terlebih dahulu. Langsung takda niat nak jual. Sebab rasa buat apa nak jual? Malu la segan la. Tu dulu.

Sekarang saya nampak ia sebagai menambah pendapatan sampingan malah in sha allah saya akan berusaha untuk jadikan Shaklee sebagai kerjaya sepenuhnya berkahwin kelak. Moga Allah perkenankan doa saya.

Buat sesiapa yang nak tahu, saya makan ALFALFA dan GLA Complex terlebih dahulu. Orang cakap buang toksin dulu baru rawat yang lain-lain. Yup, memang keluar segala kotoran yang selama ini terpendam di dalam dan saya sendiri menjemputnya keluar. Rasa macam luar biasa.

GLA Complex lebih kepada mengimbangi kembali hormon kewanitaan kita. Lelaki juga boleh ambil ya. Bukan untuk wanita sahaja.

Next step, saya mulakan dengan set kecantikan iaitu ESP, VITAMIN C dan VITAMIN E. Inilah produk yang bikin saya jatuh cinta. Sangat-sangat jatuh cinta. Pada awal makan Vitamin C, badan saya yang tak pernah diberi vitamin sedikit terkejut dengan datangnya vitamin yang baik dalam badan. Memang jerawat keluar namun masih terkawal. Rupanya ia adalah HEALING CRISIS. Ia biasa kerana fungsi Vitamin C ini berfungsi sebagai meningkatkan sistem imun dalam badan jadi ia akan bertindak balas dengan badan kita yang kurang sihat sebelum ini.

Malam-malam saya makan Vitamin E, pastinya untuk parut jerawat yang sudah berlubang sana sini. Saya cakap saya nak sembuhkan parut dan alhamdulillah berkat kesabaran dan konsisten selama 2 bulan, parut jerawat berlubang semakin tertutup kembali. Alhamdulillah.

Pagi pula saya amalkan ESP, esp ni yang bestnya selain untuk memudarkan parut dan pigmentasi serta melembapkan kulit, ia juga memberi efek kenyang sampai tengahari. Sesuai kalau nak diet ya.

Sekarang saya kongsi dengan semua sebab saya tahu masih ramai lagi kat luar sana ada masalah ini. Cuma saya nak nasihat sikit, jangan pernah takut berkorban wang ringgit. Allah suruh kita berusaha, dan pastinya Allah akan beri hasilnya tatkala usaha telah dijalankan. Saya korbankan wang ringgit saya, tapi apa yang saya dapat adalah luar biasa. Sangat gembira dan rasa yakin untuk berhadapan dengan orang lain berbanding dulu.

Buat adna yang nak tanya boleh terus pm saya di fb atau whatsapp saya. Tanyalah apa nak tanya. In sha allah saya akan melayan pertanyaan anda sebaik mungkin. Sampai di sini sahaja ya. Jumpa lagi! Wassalam.


Isnin, 7 April 2014

Sembelit semasa berpantang

Bismillah. Lama juga tak menulis blog. Maaf na, pastinya banyak lagi info-info best yang Ct nak kongsi dengan kawan-kawan khasnya. Okay harini nak cakap tentang masalah sembelit terutama yang dihadapi oleh wanita ketika berpantang.

Boleh dianggarkan ramai juga wanita yang menghadapi masalah sebegini. Tapi mengapa? Masalah utama yang menjadi salah anggapan ialah kurangnya minum air. Boleh ke tak minum air banyak ketika berpantang? Baik Ct nak  betulkan kat sini. Boleh minum air, bukan sekali minum banyak, tapi minum la secara berperingkat.

===))) 2 gelas pada waktu pagi. ( Jarakkan )

===))) 2 gelas pada waktu tengahari

===))) 2 gelas lagi pada waktu petang

===))) 2 gelas lagi pada waktu malam


Jadi semuanya 8 gelas sehari. Cuma apa yang sering menjadi kesukaran buat wanita itu sendiri apabila berpantang di rumah ibu sendiri mahupun ibu mertua yang agak mementingkan pantang secara tradisional. Pastinya wanita berpantang tidak dibenarkan minum air banyak. Takut kembung kata mereka. Namun, secara sainstifiknya, tiada kajian menunjukkan bahawa minum air bagi wanita berpantang akan menyebabkan risiko kembung perut.

Kadang-kadang tu ramai yang curi-curi minum air ketika orang tua mereka tiada di rumah supaya kurang sedikit rasa haus al maklumlah wanita berpantang kan menyusukan badan, kalau tiada air, maka tiadalah susu dihasilkan.

Zaman makin berubah dan orang tua sekarang semakin bijak dan memberi kebebasan buat anak menantu mereka berdikari dalam berpantang serta hanya membantu jika mereka benar-benar inginkan bantuan.

Jika air dapat diamalkan secara konsisten pastinya masalah sembelit dapat dikurangkan. Tapi tahukah anda kalsium membantu untuk proses pelawasan yyang lancar??

Ia memang benar dan kalsium yang Ct nak kongsi untuk masalah sembelit buat wanita berpantang ialah OSTEMATRIX dari Shaklee.






Alhamdulillah, testimoni setakat ini semua orang berpuas hati dengan OSTEMATRIX kerana tiada lagi masalah pelawasan yang menyakitkan, sembelit sehingga berdarah dan terpaksa meneran sehingga terbuka bekas jahitan selepas bersalin. Aduh memang sakit. 





Ini Ct kongsikan buat ibu-ibu yang berpantang yang sememangnya inginkan pelawasan yang mudah dan lancar. Oh ya ada yang bertanya kepada tidak HERB LAX yang digunakan sebagai agen pelawasan? Memang HERB LAX memang untuk pelawasan. Namun, ianya tidak sesuai untuk ibu berpantang yang sedang menyusu badan bayi mereka. Nanti bayi akan cirit-birit. Kesian baby..



HARGA PASARAN

RM 61

Murah kan? Sebulan RM 30 je. Aduhai jimat-jimat.


Kebetulan BULAN APRIL adalah BULAN OSTEMATRIX. Jadi pastinya bertambah jimat kerana apabila anda beli 6 botol OSTEMATRIX, anda akan dapat PERCUMA 1 botol lagi. Wah best kan?

Yang mana yang sedang pregnant sekarang elok buat stok 9 bulan ni beli 6 botol sekaligus. Ha elok juga buat ibu-ibu hamil yang tidak suka minum susu ya. 




Nak harga lagi MURAH??

Boleh. Jom daftar jadi ahli Shaklee. Bagaimana? Boleh klik di sini. Anda pastinya tak percaya memang murah dan lebih mudah jika mendaftar sebagai ahli Shaklee, sebab anda ada ID sendiri. Jadi bolehlah nak bershopping dengan harga ahli yang jauh lebih murah dan yang penting jimaaattttttttt.


Buat yang masih ragu-ragu atau musykil, boleh hubungi Ct secara PM di facebook atau Whatsapp 




Siti Zubaidah /  0174678673
SID / 1084360

ATAU

Emel / Bintang_sinar89@yahoo.com.my

FREE CONSULTATION 

FREE OPPORTUNITIES


Jumaat, 28 Mac 2014

Testimonial-----> Set Bersalin

Saya tahu anda pasti masih ragu-ragu sama ada nak cuba atau tak Set Bersalin Shaklee kan? Takpe bagus tu, anda seorang yang berhati-hati dan hanya memilih yang terbaik buat diri anda.

Bagus atau tak?

Selalu anda akan tanya kawan-kawan atau sahabat terdekat tentang kebagusan sesuatu produk bukan? Itu juga testimoni percuma yang anda dapat yang boleh dipercayai.

Di sini saya sediakan testimoni customer-customer Shaklee sebelum ini yang mengambil Set Bersalin Shaklee. Ini bukanlah rekaan dan ianya merupakan testimoni ikhlas dari customer yang ingin berkongsi kegembiraan dan pengalaman mereka sepanjang menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Moga bermanfaat. :)





























































Sebarang pertanyaan boleh PM/ WHATSAPP/ EMEL saya.




Siti 0174678673
bintang_sinar89@yahoo.com.my
SID 1084360


FREE CONSULTATION

  FREE OPPORTUNITIES


Selasa, 18 Mac 2014

Cara Atasi Jerawat Kronik

Assalamualaikum. Ada sape-sape tak yang pernah atau sedang alami masalah jerawat kronik? Okay masalah ini sebenarnya ada penyelesaiannya. Cuma Ct pasti tak semua yakin sama ada masalah itu akan selesai dengan baik atau sebaliknya.

Ini pengalaman Ct sendiri. Yang mana masih ragu jangan berhenti dulu, teruskan membaca. Kalau Ct sebut tantang Shaklee pastu ramai dah tahu. Tapi anda tak tahu apa kelebihannya kecuali anda tengok testimoni - testimoni yang ada. Namun, masih ada lagi yang belum percaya sebab mungkin ada yang fikir itu mungkin testimoni yang direka-reka dan sebagainya.

Teruskan membaca,,,


Ct pun punya masalah yang sama. Tapi bila kita ada masalah macam ni kita jarang kongsi pada orang, akhirnya hanya pendam dalam hati walaupun dalam masa yang sama masih mencari produk yang sesuai untuk masalah jerawat aku ni, betul tak? Ya betul, Ct tahu anda juga macam tu. Tengok makanan tambahan yang popular mulalah teringin nak beli. Tak dinafikan Ct dulu pernah terjebak dek kerana tengok artis itu cantik meletop je padahal dia memang dari azali dah putih, Tapi dah popular, beli sahajalah. Namun, indah khabar dari rupa. Sudahla sebulan saja dah habis, Takkan nak keluarkan RM 1XX untuk sebulan je? Kopak la duit.

Sampai satu hari terbuka hati nak cari keywords Shaklee. Okay dipendekkan cerita Ct telah mesej seorang akak ni dan cerita segala masalah yang ada. Alhamdulillah dia sangat memahami dan yang paling penting dia akan tanya berapa bajet yang diperuntukkan. Jadi jimat bukan? Dia syorkan ALFALFA dan GLA Complex untuk masalah jerawat ct.

Baik kawan-kawan, jerawat ni terjadi disebabkan masalah hormon yang tidak stabil, jadi jangan ingat dengan memakai pencuci muka terkenal dapat rawat masalah jerawat ini. Tidak sama sekali. Kenapa? Sebab ia tidak menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu. Maka jerawat masih lagi ada dan ada. Itu gunanya ALFALFA dan GLA Complex.

ALFALFA dikenali sebagai DETOKS paling hebat, Ia akan membuang segala toksin yang selama ini tidak dibuang dengan sempurna malah di tambah-tambah dek kerana pengambilan makanan yang tak seimbang.
GLA Complex pula lebih kepada merawat hormon wanita, yang mana mungkin mempunyai masalah haid tidak teratur, berat badan berlebihan, itu juga antara sebab masalah jerawat kita.


KESAN MACAM MANA???



Alhamdulillah ianya memang Ct detoks. Masalah jerawat bukannya terus baik, Ia nampak surut dan kulit nampak sekata. Syukur. Lepas tu terus rasa nak daftar sebagai ahli Shaklee sebab bukan sahaja boleh beli dengan harga ahli yang jauh lebih murah tapi boleh dapat CASH jika setiap pembelian produk mencapai 150uv. Best bukan?

Setelah selesai menjadi ahli, Ct tanpa ragu-ragu terus membeli Set Cantik Shaklee yang lain untuk terus merawat jerawat ini secara lebih mendalam. Ada yang tanya banyaknya nak kena keluar duit! Okay setiap apa yang kita lakukan pasti akan ada pengorbanan. Tapi apa yang best tentang Shaklee, ia tahan sehingga 3 atau 4 bulan. Jadi ianya lebih menjimatkan kerana bukan setiap bulan kita keluarkan duit kita untuk cantik. Ct beli dan kongsi dengan mama Ct.


PERUBAHAN....


Seronok pula bila kongsi makan sama-sama ni kerana perubahan akan kita nampak. Mama ct dah berumur lebih 50 tahun ke atas. Dahulu muka dia agak kering dan berminyak di samping tak sekata. Alhamdulillah sekarang dah nampak perubahannya di mana, kulit muka bertambah putih dan sekata. Sukanya dapat bahagiakan orang yang kita sayang kan?

Ct pun nampak perubahan dengan pengambilan ESP, VITAMIN E, VITAMIN C. Jerawat makin sembuh, parut pun makin pudar dan kulit menjadi lembap. Ini yang ct cari dan ini yang ct nak.

Ct hanya berkongsi cerita Ct, kalau nak tahu lebih lanjut boleh add ct kat facebook, Lepas tu boleh tanya segala kemusykilan yang ada. Kalau ada yang malu-malu boleh emel ct di Bintang_sinar89@yahoo.com.my

Percaya atau tidak terpulang pada anda. Ct hanya menyampaikan apa yang pernah di lalui dan pastinya ianya bukan sesuatu yang mudah. Apa jua kata-kata manusia jadikan semangat untuk terus bertindak dan buktikan kita mampu mengubah diri kita sendiri secara bijak.

Salam sayang buat semua sahabat.

Siti Zubaidah :)




Cara Merawat Kulit Berparut

Assalamualaikum, bismillah. Entri kali ni lebih kepada merawat parut seperti parut jerawat khususnya.

Tak mudah nak rawat, paling habis kalau nak cepat pun dengan penggunaan laser oleh doktor pakar kulit. Cuma harganya la agak tinggi dan tidak semua mampu untuk melakukannya dengan cara sedemikan.

Tak dinafikan bila ada jerawat pastinya ada parutnya. STRESS!! ya sape la yang tak tertekan, walaupun kita tak picit jerawat tapi parut tu pasti ada. Sedih kan? Okay secara jujur Ct pernah gunakan BIO OIL untuk memudarkan parut, namun terpaksa berhenti gunakannya dek kerana ianya terlalu berminyak.

Masa berlalu dan terus berlalu, Buat tak tahu saja pada parut-parut jerawat tu. Sehinggalah tamat belajar di UiTM, dah ada masa nak tengok diri sendiri balik. Okay terkejut juga parut dalam-dalam juga. hmmmmm. Macam mana ni?

Satu hari, masa ct pergi Watson's, Ct terjumpa dengan jenama PALMER'S COCOA BUTTER FORMULA, minyak Vitamin E untuk masalah parut, kulit kering, kedut dan macam-macam lagi. Mula was-was juga, tapi bila tengok tertulis tidak berminyak, rasa lega sikit. Ya memang tak berminyak pun. Cepat je ia meresap ke dalam kulit. Bangun pagi je, muka rasa lembut. Setakat ni Ct masih suka akan minyak ni.






Ia sedikit demi sedikit membaiki masalah parut walaupun agak lambat. Tapi Ct masih berpuas hati. Sampailah Ct jadi dealer Shaklee, rupa-rupanya ada Vitamin E untuk dimakan. Best sangat-sangat! Dan yang paling best siap boleh guna untuk dijadikan masker lagi. WOW! Jimatnya Allah saja yang tahu.






Vitamin E Shaklee ini dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang digabungkan dengan 8 jenis vitamin E dan merupakan yang paling lengkap di pasaran.

Menagndungi 10 mg selenium semjualjadi yang menbantu tubuuh kita menyerap vitmain E di samping memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia juga penyahtoksik raksa, kadmium dan memgukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.






MANFAAT UTAMA VITAMIN E:

-------> Melindungi jantung

-------> Mempertingkatkan kemampuan reproduktif

-------> Anti-penuaan

--------> Anti-oksidan yang kuat

--------> Kelestarian tenaga

--------> Memperbaiki arthritis

--------> Menghalang keguguran

--------> Memperbaiki parut.


Jadi tak rugi kalau nak cuba Vitamin E shaklee ni, dah la tahan lama sampai 3 hingga 4 bulan ( jika seorang makan) dan hanya makan sebiji sehari sudah mencukupi siap boleh buat masker lagi. Fuh terbaik-terbaik!


Nak dapatkan Konsultasi Percuma?

Nak harga lebih murah?

Nak daftar sebagai ahli Shaklee?



PM/ WHATSAPP

SITI  0174678673
SID 1084360
bintang_sinar89@yahoo.com.my

Harap anda dapat maklumat sedikit sebanyak dari entri Ct kali ini. Ct hanya berkongsi dan membantu apa yang termampu. Semuanya terletak pada diri anda sendiri untuk berusaha melakukannya. Ok babai. Wassalam.

Khamis, 13 Mac 2014

Testimonial ----- ESP

Salam buat semua. Buat anda yang memiliki kulit kering dan berjeragat, kulit berminyak dan berjerawat mahupun berparut, ini adalah testimoni dari pengguna Energizing Soy Protein sendiri. Sangat teruja sebab sekarang ni ESP tengah dalam promosi dan harganya terlajak Murah ni.

Sebenarnya customer ni niat asal nak ambil untuk tujuan penyusuan buat anaknya. Tapi sekarang dah dapat manfaat lain di mana kulit cantik dan eyebag dah kian kurang. Best kan!



Ha jangan jeles pula. Kawan-kawan pun boleh cantik dan comeyy.

PM/ WHATSAPP

SITI 0174678673
SID 1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my

Cara Rawat Hormon

Assalamualaikum. Pernah dengar tak GLA Complex? Ia lebih dikenali sebagai teman rapat wanita sebab ianya berkaitan dengan mengawal selia hormon wanita dan lelaki juga boleh mengamalkannya.

Apa yang GLA Complex buat sampai semua wanita bisa tergila-gilakannya????

Kalau nak tahu GLA berasaskan sumber asli iaitu Borage Seed, Blackcurrent, EPO dan turut digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E.

Jom tengok pula manfaat utama GLA:




1. Sebagai herba tradisi untuk buang kahak, ulser, kebas urat saraf dan tingkatkan stamina.

2. Kawal selia hormon estrogen dan testosteron

3. Lambatkan Menoupous

4. Baiki masalah prostat dan kerap kencing

5. Menentang Kanser

6. Baiki inflamasi kulit

7. Langsingkan badan

8. Halang tekanan darah tinggi

9, Baiki tekstur rambut

10. Rawat hiperaktif dan autisma



Banyaknya manfaat kan? Memang terbaik dan in sha allah segala masalah yang kawan-kawan hadapi salah satu di atas ni dapat diatasi dengan izin Allah.

Ada yang nak cuba tak? Macam ada je kan? Tapi macam mana ye...ada 2 cara sebanarnya. Jom tengok cara-caranya.

CARA 1



PM/ WHATSAPP/EMEL
0174678673
SID 1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my



CARA 2

Mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sangat mudah dan murah. Hanya sekali dalam seumur hidup. Korang boleh shopping produk Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi. Klik di sini untuk tahu cara mendaftar.



Yang pasti dah ramai dah yang cuba terutama untuk atasi masalah haid tak teratur, senggugut dan untuk kulit yang cantik. Kawan-kawan bila lagi??. Jaga diri dan jaga kesihatan. Terima kasih sudi baca blog Ct yang tak seberapa ni. Wassalam. Babai!

Rabu, 12 Mac 2014

KENAPA KEBAS KAKI DAN TANGAN?

Assalamualaikum. Ini khas buat kawan-kawan yang tak suka minum susu. Seperti yang kita tahu, Kalsium sangat penting untuk kesihatan tulang dan ianya perlu diambil seawal usia remaja kerana apabila seseorang itu mula akil baligh, tumbesaran mula berlaku. Jadi bila usia dah semakin tua, taklah sakit-sakit belakang, sakit pingggang semua kan? In sha allah, kita hanya mencegah kerana ia lebih baik dari mengubati.

Okay berbalik pada kawan-kawan yang tak suka minum susu. Hmm macam mana ya nak dapatkan kalsium kalau tak suka minum susu?? Fikir..fikir..fikir..

Takpe tak yah fikir dah lama-lama. Ct ada jalan penyelesaian bagaimana nak dapatkan kalsium tanpa perlu minum susu..ha macam mana tu?

Nasib la Shaklee telah menyediakan satu produk khas buat anda yang memang tak suka minum susu ataupun mereka yang sibuk dengan kerjaya jadi semuanya nak cepat. jadi terciptalah OSTEMATRIX!




Apa kebendanya OSTEMATRIX tu? Ianya suplemen berbentuk tablet di mana ia diperbuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.

Tahukah kawan-kawan, jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 tahun dan ia akan mula berkurangan terutamanya selepas beruisa 40 tahun, jisim tulang akan menurun lebih cepat lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita. Aduhai Ct dengar pun seram juga. Kita bukan tahu hari tua kita bagaimana. Takut lah tak sempat umur 40 tahun dah mula lenguh-lenguh sendi dan kebas-kebas tangan atau kaki. Minta jauh la ya. In sha allah dengan pengambilan OSTEMATRIX jisim tulang kita akan lebih terjaga dan sentiasa kuat walaupun kita berusia kelak.

Apa yang best lagi selain membina tulang dan gigi yang kuat. Ia turut membantu dalam:

)) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
)) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
)) Memperbaiki masalah haid
)) Meringankan stres
)) Memperbaiki gastrik

Banyakkan fungsi OSTEMATRIX kan? Memang terbaiklah! Buat kawan-kawan yang baru mengikuti blog Ct pasti tertanya-tanya kenapa memilih Shaklee bukan jenama lain di luar sana? Ct memilih Shaklee kerana makanan tambahan yang dihasilkan 100% semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet, pewarna dan bahan sintetik. Dalam erti kata yang mudah, kalau nak tahu semulajdi ke tak sesuatu suplemen, bila kita larutkan dalam air, ia tidak mengambil masa yang lama untuk terurai.

Ha sekarang dah tahu kan kenapa Shaklee menjadi pilihan Ct. In sha allah terbaik juga buat kawan-kawan. Pastinya ada persoalan yang bermain di fikiran semua tentang siapa patut ambil Ostematrix, Cara nak makan dan yang paling penting Harga kan? Okay dah tahu..jom tengok jawapan-jawapannya...


SIAPA YANG BOLEH AMBIL OSTEMATRIX?

Golongan remaja sehingga warga emas digalakkan mengambil suplemen Ostematrix untuk memperbaiki kesihatan.

Ibu hamil. dalam berpantang mahupun menyusu sangat disyorkan untuk mengambil Ostematrix kerana ia dapat mengurangkan sakit belakang ketika hamil, memberi tenaga semasa berpantang dan memberi khasiat yang cukup juga buat bayi ketika menyusu.


CARA MAKAN OSTEMATRIX

2 kali sehari, 2 tablet setiap hari (selepas makan)

Kalau kawan-kawan mengalami masalah tulang retak, boleh ditambah kepada 3 hingga 4 tablet 2 kali sehari.



HARGA PASARAN OSTEMATRIX

RM 61.00 ( 120 biji )

Tahan sehingga 2 atau 3 bulan seorang makan.

Sebulan : RM 15 sahaja/ 0.50 sen sebiji.


Ya Allah murahnya. Tapi ada cara lagi tau kalau nak harga yang sangat murah dan KEBABOM!!! Ada 3 cara ya.




CARA 1






PM/ WHATSAPP/EMEL
0174678673
SID 1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my


CARA 2

Boleh gunakan ID Ct untuk membeli sendiri jika korang tinggal berdekatan Branch Shaklee. Jadi tiada cas potage dikenakan. Selepas membeli, pm saya untuk mendapatkan Konsultasi secara PERCUMA dan cara pemakanan vitamin secara BETUL dan TERATUR.


CARA 3

Mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sangat mudah dan murah. Hanya sekali dalam seumur hidup. Korang boleh shopping produk Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi. Klik di sini untuk tahu cara mendaftar.



Ha lepas ni diharap dilema kawan-kawan yang tak suka minum susu dah terungkai. Jom sama-sama kita kuatkan tulang supaya kita dapat menjalani hari-hari seterusnya dengan baik dan sihat. In sha allah. Wassalam. Jumpa lagi. Babai