Sesetengah orang melihat SEDEKAH sebagai perkara sampingan dan mungkin juga tidak begitu penting dalam hidup mereka.
Sesetengah dari mereka yang lain pula menganggap SEDEKAH itu sangat penting dan kalau boleh setiap hari ada saja duit lebih, mudah saja mereka SEDEKAHkan.
Yang mana satu anda?
Pastinya yang kedua. Anda orang yang sentiasa memberi dan pastinya Allah akan membalasnya sehingga anda 'terpaksa' menerima tanpa anda sedar.
Sekarang ni mudah sangat nak SEDEKAH. kenapa?
Mana taknya, kita boleh terus transfer mahupun bank in duit yang ingin kita hulurkan sumbangan tanpa perlu bersusah payah mencari pihak yang ingin kita bantu.
Mudah kan?
Kenapa saya cakap ajaib?
Tak percaya? Cuba buat dan percaya. Rezeki anda akan jauh lebih murah berbanding anda kurang berSEDEKAH.
Misalnya, anda dalam kesempitan, banyak masalah yang tak menemui jalan penyelesaiannya. Ambil duit anda yang anda mampu ketika itu. Contoh RM 20, SEDEKAH saja pada mana-mana anak yatim yang anda kenali. Niat dalam hati, moga Allah mudahkan urusan anda.
Tunggu saja. Tak lama selepas itu, pasti adanya jalan mudah yang akan anda dapat. Sungguh buat dulu baru adna akan merasainya.
Tahukah anda?
Duit di dalam akaun mahupun poket anda belum tentu milik anda sepenuhnya, kerana ia bisa ditarik bila-bila sahaja.
Namun, jika anda memberi dan terus memberi tanpa henti, SEDEKAH anda adalah milik anda sepenuhnya dan menjadi SAHAM AKHIRAT buat anda untuk dihisab kelak.
Contoh, anda ada RM 50, kebetulan anda nampak tabung derma, terus anda keluarkan RM 1 sahaja untuk diderma. Tak salah ya cuma kalau ada yang lebih besar nilainya bukankah lebih baik?
Manusia pun suka kan kalau dapat duit RM 50 berbanding RM 1, ya kan?
Dalam perjalanan, anda dapati tayar anda pecah. Jadi pastinya anda akan menggunakan RM 50 malah lebih dari itu untuk menggantikan tayar baru.
Anda dengan berat hati membayar kerana terpaksa.
Jadi, duit anda habis begitu sahaja tanpa anda sedar.
In sha allah manusia perlu tekadkan dalam hati ingin berubah ke arah lebih baik dari sehari ke sehari yang seterusnya.
Allah akan bantu mereka yang ingin menuju ke arah kebaikan.
Jadi jom pakat SEDEKAH banyak-banyak mulai sekarang. Pesanan ni untuk diri sendiri juga. Kerana kita manusia biasa. Ada salah, namun jika kita tahu salah, cepat-cepat kita betulkan.
Wassalam
"THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan