Sabtu, 28 Disember 2013

Gejala sakit lutut, pinggang dan sendi makin membimbangkan

Assalamualaikum.. bismillah..Bila usia semakin hari semakin meningkat, masalah sakit pada otot, sendi dan tulang sudah menjadi perkara lumrah lebih-lebih lagi bagi kaum melayu.


Kalau dilihat zaman dahulu agak kurang golongan berusia mengalami sakit-sakit sendi mahupun otot. Namun kini, amalan pemakanan yang tidak seimbang dan banyak menggunakan perasa menyebabkan sakit sendi mula menyerang pada awal usia 40 tahun dan ke atas.


Selain itu, urusan melakukan ibadat juga terganggu sebagai contoh menggunakan kerusi untuk duduk bila bersolat. Situasi ini sering dilihat bila tibanya bulan Ramadhan, golongan berusia yang bersolat berjemaah banyak menggunakan kerusi kerana tidak lagi dapat berdiri terlalu lama disebabkan sakit lutut.


Ianya lebih menyedihkan apabila golongan yang berusia awal 40-an turut melakukan hal sedemikian. Kasihan sangat bila melihatnya.

Ada juga yang mengadu cakap yang mereka ni sakit pinggang mungkin melakukan kerja berat. Golongan hawa kalau boleh elakkan mengangkat barang yang berat kerana bukan sahaja berisiko sakit pinggang tapi tidak elok untuk rahim anda. Begitu juga dengan kaum adam yang telah berusia, elakkan ya angkat barang yang berat.



Apa yang nak perlu dilakukan untuk atasi sakit lutut, pinggang mahupun sendi yang sudah sekian lama menghantui diri anda? Ct cadangkan pengambilan supplemen Advanced Joint Healthy Tablet dan Ostematrix. Ianya berdasarkan pengalaman ayah Ct sendiri yang mengalami sakit lutut sebelum ini.


Ct telah membeli AJHT Shaklee ini dan Alhamdulillah sakit lutut ayah Ct dah berkurang. Dah tak ada lagi mengadu sakit-sakit lutut. Alhamdulillah juga perjalanan ayah menunaikan ibadah haji berjalan lancar tanpa sebarang masalah kesihatan yang teruk.


AJHT telah menjadi peneman setia ayah lebih-lebih lagi apabila ayah telah bawa AJHT untuk ditunjukkan kepada Pakar Sendi, Urat dan Sakit Kronik, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad dan Dr tersebut cakap teruskan makan supplemen itu kerana selamat dan berkesan untuk atasi masalah sendi.


Ostematrix pula bertindak dalam membekalkan Kalsium yang diperlukan tulang selain elakkan tulang rapuh pada usia semakin meningkat kelak.


Jadi tolong atasinya dengan kadar segera. Jangan biarkan diri anda terus sakit dan mengharapkan orang lain untuk membantu anda. Berusahalah selagi terdaya. Iringilah dengan doa apabila usaha telah dilakukan kerana sesungguhnya Allah jua yang menyembuhkan sesuatu penyakit itu. Wassalam.

Masih musykil Pm/ Emel atau Whatsapp saya untuk pertanyaan lanjut
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
0174678673
SID: 1084360


Khamis, 26 Disember 2013

Saya sebenarnya bukan Cikgu

Assalamualaikum. Bismillah. Teruja betul nak tulis entry kali ini. Sebab ada kena mengena dengan diri ini. Kenapa Saya sebenarnya bukan Cikgu? Sebelum ini masa belajar di UiTM Perak dulu bukan ambil kos perguruan pun tapi Pengurusan Sistem Pejabat. Langsung tak ada kena mengena kan. Mama dan ayah Ct sebenarnya Cikgu atau Guru sekolah. Dah lama mereka berkhidmat. Ct sangat hormat mereka kerana cara mereka menjalankan tanggungjawab sebagai guru sekolah tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata, Niat mereka hanya SATU iaitu untuk menjadikan anak-anak bangsa bijak dan berilmu. Penat tak payah nak cerita. Balik sekolah semestinya penat. Tidur sahaja dapat mengurangkan kepenatan mereka.

Terlajak cerita pula. Kisah Ct sebenarnya. hehe. Oklah segalanya bermula bila Ct apply nak jadi guru ganti di sebuah sekolah di Parit Buntar. Dapat pula mengajar subjek Pendidikan Islam. Mula terfikir murid-murid nanti panggil Ct Cikgu ke Ustazah? Ya Ustazah la jawabnya. Namun masih ada juga yang panggil Cikgu. Takpa tak ambil kisah pun. Seronok sebenarnya jadi Cikgu tapi lama-lama dah rasa apa yang mama dan ayah Ct rasa. Tak mudah jadi Cikgu rupanya. Banyak kerja yang harus dilakukan. Bukan mengajar semata-mata.

Selama 2 bulan berkhidmat. Selesai sudah. Alhamdulillah satu pengalaman yang sangat berguna. Terima kasih semua! Terasa sedih bila hari akhir berkhidmat sebagai Cikgu tiba. Pesanan dititip dan disampaikan kepada anak-anak murid. Moga Allah melindungi kalian sentiasa. Apa yang menjadi kebiasaan sebelum ini dipanggil ustazah ataupun cikgu menjadi sesuatu yang asing apabila terserempak dengan bekas anak-anak murid, mereka tetap memanggil Ct dengan panggilan yang sama. Ya Allah begitu tinggi darjat seorang guru di mana walaupun Ct sebenarnya bukan Cikgu dan hanya diberikan peluang dalam tempoh yang singkat sahaja namun gelaran itu kekal selama-lamanya. Syukur Ya Allah.

Mama dan ayah tak pernah paksa Ct jadi Cikgu namun Allah bagi peluang untuk Ct buktikan yang Ct mampu jadi Cikgu walaupun hanya 2 bulan. Subhanallah. Terima kasih mama, ayah sebab beri galakan tatkala Ct nak cuba jadi guru ganti. In sha allah mudah-mudahan Allah bagi peluang Ct mengajar lagi walaupun hanya mengajar mengaji Al-Quran.

Ct sekarang alhamdulillah selesa menjalankan bisnes Shaklee ni. Tak susah pun sebab hanya dari rumah sahaja. Jadi masa dengan keluarga itu ada sentiasa. Mama nak minta tolong anytime ja Ct boleh bantu. Moga Allah permudahkan urusan bisnes ini supaya lebih maju dan maju. Seronok juga sebab bila Ct jual supplemen Shaklee dalam masa yang sama Ct memang guna produk-produknya. Jadi Ct perkenalkan pada mama dan ayah. Alhamdulillah satu keluarga terima dan makan supplemen Shaklee. Mama pun cakap dah kurang penatnya. Ayah dah tak mengadu sakit lutut seperti sebelum ni. Gembiranya sebab dapat juga bantu mereka atasi masalah kesihatan mereka. Yang lain Allah jua yang sembuhkan. Kita hanya perlu berusaha. Wassalam.

#SYUKURPADAMUYAALLAH


Selasa, 24 Disember 2013

Cara terbaik atasi Sembelit

Assalamualaikum. Bismillah.

Bila bercakap soal sakit akibat sembelit memang selalu kita dengar terutama dalam kalangan sahabat atau saudara mara. Hari ini Ct nak kongsi tentang satu Produk Shaklee yang telah menemui jalan penyelasaiannya. Tahu tak tentang HERBA-LAX SHAKLEE? Tak tahu? Mai sini nak beritahu korang semua.

Ianya merupakan ramuan asas terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu Alfalfa Leaves, Licorice Root, Senna Leaves, Anise Seed, Blue Malva Flower, Buckhorn Bark, Rhubarb Root, Fennel Seed da n Culver's Root.
Ia penting dalam menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan terbukti secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Mari tengok Manfaat Utama Herba-Lax:

  • Pembersihan Najis yang Tersekat
  • Merangsang Usus untuk  cepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Mengempiskan perut
  •  Ia Membantu dalam Mengurangkan atau Memberi Kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Bagi mereka yang mengalami sistem penghadaman yang lemah, mungkin akan mengalami cirt-birit pada peringkat awal pengambilan. Bagi mereka yang normal, kesan akan nampak selepas 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang memang sudah lama hadapi masalah sembelit boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali seperti biasa setelah proses penghadaman/ pembuangan kembali seperti biasa.

Emel jika ingin bertanyakan sebarang kemusykilan.
bintang_sinar89@yahoo.com.my

Pm atau add saya di FB
Whatsapp 0174678673
Shaklee ID: 1084360

Harga? Jangan risau Ct memang bagi harga murah dan berpatutan sebab nak bantu mereka atasi masalah yang dihadapi. Selamat Mencuba!



Amalkan selalu ye untuk menyembuhkan penyakit yang ada dalam diri. In sya allah Allah mendengar doa kita. 

Kenali Shaklee

KENALI SHAKLEE. Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan atau manfaat produk-produk shaklee. Klik Link di bawah. Selamat Menambahkan Pengetahuan!

ALFALFA COMPLEX

B-COMPLEX

ENEGRIZING SOY PROTEIN

GARLIC SHAKLEE

VITA-LEA IRON FORMULA








Khamis, 19 Disember 2013

Solat sendirian atau berjemaah?

Assalamualaikum..bismillah..Sudah selesai solat Zuhur? Lambat atau cepat jangan pernah tinggal solat ya. Solat itu tiang agama. Kalau dah terlepas solat disebabkan tertidur mahupun ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, qadhalah solat itu. Rasa ada kekosongan kalau kita tidak mendirikan solat.

Solat secara bersendirian atau berjemaah? Semestinya solat berjemaah itu lebih baik kerana kebaikannya sebanyak 27 kali darjat berbanding solat secara bersendirian. Suka tengok kaum Adam yang menjalankan solat berjemaah sama ada di masjid, surau atau di rumah bersama dengan keluarga. Sejuk hati tengok.


Kaum Hawa pula yang berada di rumah dirikanlah solat bersama-sama dengan anak-anak mahupun bersama suami. Ajak mereka solat bersama. Sebenarnya selain mendapatkan banyak kelebihan bila melakukan solat berjemaah, kita dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga dan sesama jiran tetangga. Penduduk di kampung mahupun di taman akan lebih mengenali kita. Jika ada sebarang majlis mahupun kematian, penduduk itu sendiri segera menziarahi atau berkunjung ke rumah kita untuk memberikan apa jua pertolongan.

Nampak tak indahkan bila kita dirikan solat bersama-sama? Syukur pada Allah kerana Dia yang merancang segala yang baik untuk hambaNya. Subhanallah. Jadi tak hairan mengapa solat itu merupakan amal kita yang pertama dihisab oleh Allah di hari kiamat kelak. Kalau Solat kita diterima, maka berjaya dan beruntunglah kita namun kalau solat kita tidak diterima, maka kecewa dan rugilah kita.



Sekiranya ada kurang dari solat fardhu kita. Allah berfirman: Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai solat-soalt sunat untuk dicukupkan dengan solat fardhu yang kurang itu. Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa mendirikan solat dan juga berjaya di dunia dan di akhirat. In sha allah..aaminn ya rabbal a'lamin.

=>ada kekurangan mohon maaf dan minta ditegur kalau ada kesalahan.
#sayabukanustazahhanyahambaAllahyanghina


Rabu, 18 Disember 2013

Merawat kulit muka merah atau gelap akibat sinaran matahari

Assalamualaikum. Bismillah.. wah entry kali ini macam lain macam ja kan? Kenapa tiba-tiba? Sebab tuan punya blog ni yang kena. Mana tak gara-gara tak pakai sunblock dan sangat asyik berenang gaya PANDALELA RINONG ( perasan la tu) disertakan sekali mandi di waktu panas terik. Hasilnya sangat mengagumkan.

Semuanya bermula pagi tadi, adik kecik Ct tu nak sangat pergi Bukit Merah Laketown Waterpark. Nak berenang katanya. Yang kak ngahnya sangat teruja dan hanya memakai bedak sebagai alas muka. Sampai ja terus cari port nak mandi. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Tapi tak panas lagi. Sedang asyik mandi manda rasanya dah pukul 2 petang, terasa bahang matahari yang agak terik. Muka mula terasa panas. Namun 'misi' tetap diteruskan. Selepas selesai semuanya, masa balik baru perasan muka jadi merah sebab kena bahang matahari tadi. Oh tidakk! Kena buat sesuatu sebelum terlambat.

Meng'googling' dan mencari petua hilangkan sunburn kat muka ini. Alhamdulillah selesai mencari. Itu yang nak kongsi dengan semua mana tau ada yang kena macam Ct ni. Okay ada banyak cara ya. Mari kita tengok sahabat- sahabat semua.

CARA 1

Guna ALOE VERA.
>>> Siapa ada losyen berasaskan ALOE VERA bagus la. Ambil sikit dan sapu di permukaan muka anda yang sunburn itu. Kalau nak guna cara tradisional pun boleh. Ada DAUN LIDAH BUAYA tak? Patahkan sikit dan ambil lendirnya. Sapu di muka yang bermasalah tu.

CARA 2

Guna YOGURT.
>>> Sebaiknya plain YOGURT ya. Tak ada campuran strawberi, anggur, mangga dan lain2. Campur dengan timun. Mesin timun dan adunkan bersama YOGURT. Lepas tu letak kat muka dalam 15 minit dan bilas. ATAUPUN campukan YOGURT dengan madu dan kuning telur bersama. Cara yang sama seperti yang telah diberikan.

CARA 3

Guna  TEMBIKAI
>>> Yang ini Ct suka sangat2 tapi kena tunggu siang baru boleh beli. Rasanya sikit ja kot pakai kat muka, yang lain masuk dalam perut la jawabnya. Oh ya TEMBIKAI sebenarnya dapat menyejukkan  muka yang terkena sunburn tu sebab ada zat astrigen. Hiris nipis-nipis, tekan pada muka dan biarkan selama 20 minit.

CARA 4

Guna MAYONIS
>>> Kepada sesiapa yang selalu buat sandwich kat rumah tu pastinya ada MAYONIS sebagai pelengkap rasa sandwich tu. Okay, ambil sikit dan sapukan MAYONIS di muka yang jadi merah atau gelap tu. Biarkan selama 10 minit dan bilas. MAYONIS sebenarnya mengandungi cuka yang baik untuk mengurangkan kemerahan dan kesan gelap akibat terkena panahan sinaran matahari. Bukan panahan asmara tau..hehe. Lagi bagus kalau MAYONIS tu disimpan sejuk dalam peti ais. Memang terbaik kalau disapu pada muka.

Sahabat-sahabat semua boleh buat cara -cara seperti di atas kalau kulit bermasalah akibat sunburn. In sha allah berkesan cuma ambil masa dalam 2 atau 3 hari la untuk pulih seperti sedia kala.

Ct guna juga cara di atas. Bezanya Ct gunakan YOGURT  bersama ESP SHAKLEE. Nasib ada lebihan yang Ct buat sebelum ni untuk masker disimpan rapi dalam peti ais. Terus ambil dan letakkan kat muka. Fuhh memang lega rasanya. Bukan Ct ja yang buat. Yang adik-adik pun nak juga kan. Letak la sekali kat muka mereka. Seronok la tu. Lepas tu dah kurang sikit merahnya. Muka Ct ja yang merah. Adik-adik Ct gelap sikit ja. lepas tu ambil Sustained release VITAMIN C PLUS, patahkan sikit ja. Campur sedikir air. Bila dah kembang, sapukan di muka. ESP dan VITAMIN C sebenarnya sangat bagus dalam membaikpulih tisu kulit. Doakan muka Ct jadi seperti sedia kala ya. Malam ni sebelum tidur nak sapu VITAMIN E sebagai tambahan selain menghilangkan parut di muka.

Assalamualaikum dan Selamat Malam!

Selasa, 17 Disember 2013

B-COMPLEX Shaklee rawat Penyakit Sukar Tidur ( Insomnia )

Assalamualaikum.. Bismillah.. Apa itu Insomnia? Tahu kan? ya Penyakit Sukar Tidur. Maksud Insomnia ialah sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Bayangkan setelah penat kerja seharian akhirnya tiba masa tidur kawan serumah telah pun lena diulit intan tapi kita hanya terkelip-kelip memandang dinding.

Tekanan makin bertambah pabila bila sudah tiba masanya ke tempat kerja, kita masih membuta dan akhirnya terlewat sampai ke destinasi yang dituju.

Sesetengah orang mudah saja nak tidur. Baring, pusing kiri kanan dah tidur. Segelintir yang lain pula terpaksa mem"buka" mata dan melakukan kerja tambahan supaya mata jadi letih dan cepat tidur.

Kasihannya. Ianya perlu diatasi segera. Jangan dibiarkan kerana badan akan menjadi kurang bertenaga di pagi hari.



Cara yang paling mudah ialah melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan peluh. Setelah itu,secara automatik badan akan menjadi letih dan ambil sedikit masa untuk membersihkan diri.

Mandi merupakan terapi yang sangat bagus kerana tubuh badan menjadi lebih relek dan otot-otot yang tegang menjadi kendur. Kemudiannya, mata mula berasa mengantuk. In sha allah berkesan.

Namun, kadang-kadang masih ada yang di antara mereka tidak dapat lelapkan mata walaupun telah melakukan senaman seperti di atas. Cara lain yang Ct syorkan ialah B-COMPLEX Shaklee kerana ianya dapat mengurangkan tekanan serta memudahkan seseorang itu untuk tidur.

Jika badan tetap letih ambillah ESP Shaklee untuk tenaga. ESP Shaklee bukan sahaja untuk ibu hamil malah untuk semua golongan. Diharap tiada salah faham ya. Nak tahu Kelebihan ESP Shaklee klik di sini



Mari kita tengok pula khasiat sebenar B-COMPLEX Shaklee:

=> Melawan tekanan - Memastikan kesihatan  fungssi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan INSOMNIA.

=> Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yangsihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

=>Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan meningkatkan kesihatan rambut.

=> Baik juga untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan serta perkasakan memori dan daya tumpuan.

=> Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang  sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merawat anemia, migrain mabuk darat dan laut.

=> Meredakan senggugut- baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan dan atasai masalah penghadaman  terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

=> Mencegah perlcche- juga dikenali sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah  dan nafas berbau



Klik image untuk paparan yang lebih jelas tentang fakta mengenai vitamin B-COMPLEX Shaklee.

Jadi kenapa masih berkira-kira dan berfikir panjang. Lakukan sesuatu. Kesihatan harus diutamakan.

Harga? Jangan risau. Murah dan berkesan! Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut.



SID : 1084360
PM/ WHATSAPP/ EMEL
0174678673
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
COD sekitar Parit Buntar/ Bandar Baharu


JOM JADI AHLI!

Bagaimana nak jadi ahli? 

Sebab apa anda harus daftar sebagai ahli Shaklee?

Adakah lebih jimat atau sebaliknya?


Untungnya bila dengan bayaran hanya Rm 75 seumur hidup, peluang untuk mendapat potongan sehingga 30% adalah tidak mustahil. Di mana sahaja anda berada. Klik sini.cara daftar




Ahad, 15 Disember 2013

Kebaikan makan Garlic Shaklee

Bismillah..mesti tertanya-tanya apalah kebaikan yang kita dapat kalau makan Garlic Shaklee ni kan..Ianya bukan sembarangan Garlic tapi ia adalah bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

Psst nak tau sesuatu tak? Nak kongsi sikit kelebihan bila makan bawang yg mudah ditelan iaitu:

GARLIC Shaklee :

》Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung

》Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman.

》Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari.

》Menghalang alergi - sinus, alergi,asthma, selsema dan hepatitis.

》Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.

》Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk  kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.




Nak dapat harga murah tak? Rugi tau kalau tak cuba.




Pm / emel / whatsapp saya untuk dapatkan harga runtuh.
0174678673
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
Fb saya : Siti Zul Imna
SID : 1084360
COD Parit Buntar / Bandar Baharu

Orang Parit Buntar mahupun kawasan sekitar kalau nak order Shaklee tapi taknak ada cas postage hubungi saya ye. Boleh datang ambil kat rumah saya takpun saya hantarkan ke rumah anda.

Boleh juga walk in ke branch Shaklee berdekatan anda. Hanya gunakan id saya untuk dapatkan harga ahli. Setelah itu, emel saya untuk dapatkan konsultasi secara percuma!.

Jumaat, 13 Disember 2013

Set Menyusu Shaklee Paling Bajet!

Bismillah..Alhamdulillah bagi mereka yang sudah melahirkan bayi tahniah ya! Anda sudah pun bergelar ibu dan ayah. Doakan ct juga ya nanti untuk ditemukan jodoh dan dikurniakan zuriat seperti anda semua.

Namun terdapat juga masalah yang dihadapi oleh si ibu di mana susu badan berkurangan. Pada awal kelahiran, sesetengah para ibu tiada masalah kerana susu badan banyak. Namun bila usia anak sudah menjangkau 1 tahun ke atas, susu badan ibu makin berkurangan ditambah pula kalau si ibu mengandung lagi. Hormon estrogen dan progestogen telah meningkat menyebabkan prolaktin 'tertekan'.
Selain itu, si ibu tidak lepas dari berasa stres terutamanya bila perlu menguruskan hal rumahtangga.

Jadi si suami harus memainkan peranan dalam membantu isteri mengemas rumah, atau menjaga anak-anak. Bagi si isteri dapat rehat secukupnya. In sha allah si isteri kurang tertekan dan tiada masalah dalam mengeluarkan susu badan. Tapi ada juga para ibu yang memang kurang susu badan malahan ada kes langsung tiada. Kasihannya..si anak tidak dapat khasiat yang cukup memandangkan susu ibu penuh dengan protein selain mudah dihadam.

Apa perlu dilakukan? Jangan buntu Shaklee sangat mengambil berat tentang penyusuan badan atau breastfeeding yang sangat penting dan harus diberi keutamaan bagi mereka yang baru menerima cahaya mata yang pertama. Ct perkenalkan set menyusu bajet sebab mungkin pasangan itu masih belum kukuh kewangannya jadi cuba dulu yang bajet. Memang dah banyak yang cakap berkesan.

Hanya dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa Shaklee. Si ibu pasti tersenyum gembira kerana masalah susu badan tiada atau kurang sudah menemui jalan penyelesaiannya. Mari kita tengok apa kelebihan ESP dengan lebih lanjut.

Energizing Soy Protein.

》Baik untuk hormon - kaya dengan protein kacang soya yang mengandungi isoflavones untuk hormon si ibu. Ia membantu merendahkan paras kolestrol dan mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung

》 Pembekal tenaga - Ibu yang dalam berpantang mahupun mengandung memerlukan tenaga yang cukup selain mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

》Membaiki pigmentasi - Masalah ini juga sering melanda wanita hamil mahupun dalan pantang selain mengurangkan masalah rambut gugur.

》Kulit muda remaja - Walaupun sudah mempunyai ramai anak, namun wajah tetap awet muda selain kurang kedutan, mengembalikan radiab kulit dan kepejalan otot serta cepat kan penyembuhan luka dan kesan parut terutama bagi si ibu yang melakukan pembedahan.

》 Baik untuk prostat - Genisten dalam kacang soya dapat mengekang pertumbuhan sel kanser. Ia juga bagus untuk pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Subhanallah banyak kan khasiatnya! Yang mana nak tau khasiat alfalfa boleh tengok di sini Manfaat alfalfa

In sha allah gabungan yang pasti mantap. Namun bagi ibu yang menyusu tapi dalam masa yang sama hamil dinasihatkan mengambil ESP sahaja tidak termasuk alfalfa. Harga juga pasti murah jika anda hubungi saya.




Sebarang pertanyaan boleh
Pm / whatsapp/ emel Ct untuk pertanyaan lebih lanjut
0174678673
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
Fb : Siti Zul Imna
SID : 1084360




Rabu, 11 Disember 2013

CARA MERAWAT KEPUTIHAN DENGAN BERKESAN

Bismillah..hari ni nak kongsi tentang masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita iaitu KEPUTIHAN. Nampak macam hal yang tidak dipandang serius namun ianya sebenarnya mengundang rasa tak selesa. Dan lebih memburukkan keadaan bila ianya mengelurkan bau yang kurang menyenangkan. Jaga-jaga mungkin akan berlakunya jangkitan terutama pada faraj wanita. Hanya wanita mengenali wanita. Ayuh ketahui cara-cara merawat keputihan.

CARA 1

Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih. Masukkan sedikit garam kedalam itu. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk. Apabila telah sejuk,anda tapislah air rebusan itu. Minum air tersebut 2 kali sehari. Amalkan sehingga masalah rasa gatal itu sembuh.


CARA 2


Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkannya. Kemudian sediakan 1 liter air suam. Ramaskan daun sireh itu dalam air suam. Tapis air itu. Gunakan air tapisan tadi untuk mencuci bahagian sulit anda. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang anda dialami.


Dapat tak? agak-agak susah tak nak buat? Tak susah cuma kena rajin saja. Nak cara lain tak? Jawapannya mudah saja. ALFALFA COMPLEX! meme THORRBAIKK! Hal ini kerana ALFALFA mempunyai sifat antikulat. Senang cakap ALFALFA ni seakan-akan jamu. Yang mana dah berkahwin anda WAJIB ada ALFALFA ye.






Sekali makan anda pasti tertawan. Serius saya tak bergurau sebab saya dah cuba. Masalah keputihan bukan lagi masalah buat diri ini. I'M FREE NOW!

JOM ATASI MASALAH KEPUTIHAN ANDA! Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.






PM/WHATSAPP/EMEL
FB saya: Siti Zul Imna
0174678673
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
SID: 1084360






Selasa, 10 Disember 2013

ESP Shaklee dan nama timangannya

Bismillah Alhamdulillah...hehe sebab apa post tentang ESP Shaklee pagi- pagi ni. Sejak consume Esp terfikir tentang nama timangannya.Nak tau apa? ESP atau Eh Semakin Pudarlah.  Haha..sebab dah 2@3 hari consume parut semakin pudar! Terasa dunia ni ana yang punya.

Ct suka berkongsi sebab ct tau kat luar sana masih ada ramai yang punya masalah yang sama. Anda bersama saya dan tidak keseorangan. Do something. Allah suka kalau kita usaha. Alhamdulillah pengambilan esp ni sebenarnya salah satu ikhtiar Ct. Syukur ada kesannya.

So sekarang nak bershaklee ESP sebab boleh buatkan kita tahan lapar dan sangat bagus diambil ketika bersahur jika nak berpuasa! Best bukan?





Kalau ada sesiapa nak tau lebih lanjut atau nak bertanya ke
Pm / whatsapp/ emel Ct 
0174678673
ID:1084360
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
COD Parit Buntar / Bandar Baharu 
#Sayarasasayakongsi

Juga kalau sesiapa berdekatan branch just walk in and use my Shaklee ID number to purchase at lower price. Email me to get free consultation. Easy right! Assalamualaikum. 





Manfaat Alfalfa Shaklee

Alhamdulillah...dapat akhirnya nak berkongsi tentang apa yang telah saya rasa dan lalui..Semua orang mesti pernah cuba makanan tambahan atau supplemen kan? Ianya untuk kesihatan selain kecantikan (untuk wanita terutamanya). Dah banyak saya cuba..namun kesan hanya sementara. Saya memang ada masalah jerawat dan parut sekian lama.

Atas konsultasi bersama seorang kakak juga dealer shaklee dia cadangkan saya ALFALFA shaklee untuk proses detoks terlebih dahulu dan GLA Complex untuk mencairkan sebum yang berminyak. Walau kesannya bukan dalam 1@2 hari namun saya puas hati. 

Nak tau manfaat ALFALFA SHAKLEE
》Mencuci hati, darah dan usus
》Melawan alahan- perbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif
》Memperbaiki masalah  saluran penghadaman cth kembung perut, sembelit, hepatitis dan ulser gastrik
》Menyingkirkan lemak dan kolestrol
》 Melawan tumor 
》 Melegakan keletihan
》 Mencegah arthritis dan kesakitan


ctzrahman.blogspot.com




Harini memang nak cerita tentang Kebaikan Alfalfa Complex dulu..memang terbaik sebab badan tak rasa penat sangat dan saya pasti anda pun mahu begitu juga kan?
Jadi jangan malu atau segan untuk bertanya jika ada kemusykilan

Pm / whatsapp
0174678673
Bintang_sinar89@yahoo.com.my
COD Parit Buntar / Bandar Baharu
#Sayarasasayakongsi




Isnin, 9 Disember 2013

Masa itu tak menunggu kita!

Assalamualaikum...alhamdulillah dapat menulis juga malam ni..dah lama tak terjah blog so tengok-tengok dah berhabuk..eh kenapa post pasal masa? Sebab rugi sangat-sangat kalau tak digunakan dengan betul. Ct alhamdulillah sebelum dan selepas grad pernah bekerja walaupun sementara..sekurang - kurangnya Ct dapat gunakan masa dengan sepenuhnya.

Lepas selesai kerja sementara terfikir nak buat apa la lagi..nak tunggu kerja tetap macam tak nampak bayang lagi..alhamdulillah terjumpa dengan produk Shaklee..mungkin Allah buka jalan sama..agak lama nak fikir sebelum buat keputusan nak jadi ahli Shaklee sebab bila dah consume baru tau best!

Sekarang rasa masa itu dah digunakan semula. Ct tak kisah orang nak cakap apa, fikir apa tentang kita janji kita buat sesuatu dan In n sha allah Allah akan berikan 'sesuatu' buat kita kelak..cuma bersabar dan kuatkan usaha..man jadda wajada!

Siapa nak order Shaklee jangan malu-malu bertanya ye!

Pm / whatsapp
0174678673
Emel: bintang_sinar89@yahoo.com.my
COD Parit Buntar / Bandar Baharu