Isnin, 13 Januari 2014

Kelahiran yang teragung

Assalamualaikum. Bismillah. Salam Maulidur Rasul Ct ucapkan bagi mereka yang beragama islam di seluruh dunia. Esok kita akan sambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Nabi yang teragung dan juga kekasih Allah yang disayangi semua.

Ia sememangnya kelahiran yang teragung kerana sanggup berkorban jiwa dan raga baginda demi agama islam supaya umat-umatnya kelak dapat mendalami agama islam tanpa sebarang halangan. Tapi sayang, masih ramai lagi umat-umat baginda yang leka dan lalai untuk menjadikan islam sebagai cara hidup seharian mereka. Mudah-mudahan kita sentiasa diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah dan sentiasa mengamalkan al-quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup.

Ini ada info tentang biodata Rasulullah yang patut kita tahu. Jom baca!

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)



                                Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T



Jom semua berselawat ke atas baginda! 

Allahhumma salli a'la saidina Muhammad Wa'ala ali saidina Muhammad.

Tiada ulasan: